LIGA SELANGOR: Pengadil tidak memihak Lezas

selected copy2

RAWANG – 7 APRIL.. Pengadil seakan tidak memihak kepada pasukan LZS apabila keputusan banyak memihak kepada pasukan lawan Setia Kelana. Pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan dengan perlawanan berkesudahan seri 2-2.

LZS terlebih dahulu mendahului pihak lawan apabila penyerang LZS, Din Basri manfaatkan hantaran yang diterima daripada pemain sayap kanan LZS, Mohd Shafie dan mengelecek melepasi kawalan dua pemain pertahanan lawan seterusnya merembat deras menjaringkan gol pertama LZS pada minit ke-19 perlawanan.

2013-04-07 14.56.46 2013-04-07 14.57.01 2013-04-07 14.58.11 2013-04-07 15.00.04 2013-04-07 15.00.36 2013-04-07 15.10.47 2013-04-07 15.11.00 2013-04-07 15.15.41 2013-04-07 15.15.51 2013-04-07 15.16.12 2013-04-07 15.16.17 2013-04-07 15.17.00 2013-04-07 15.17.39

Pihak lawan pantas mengatur gerakan melancarkan serangan setelah ketinggalan. Dalam serangan itu berlaku perebutan bola di dalam kawasan penalti dan penyerang pihak lawan terjatuh dalam kawasan kotak. Pengadil terus memberikan sepakan penalti kepada pihak lawan. Ketua pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penalti pada minit ke-25 perlawanan.

Pemain LZS kecewa dengan keputusan pengadil namun positif terus menyusun gerakan melancarkan serangan dan hasilnya gol kedua LZS diperolehi daripada penyerang LZS, Usamah pada minit ke-33 perlawanan. Gol diperolehi apabila Usamah pantas menjaringkan gol daripada perebutan dalam kawasan kotak penalti yang diperolehi dari hantaran sepakan sudut.

Tamat separuh masa pertama LZS dahului pihak lawan Setia Kelana yang berasal dari Klang dengan jaringan 2-1.

2013-04-07 16.01.48

Pihak lawan bermula garang pada separuh masa kedua dengan kerap melancarkan serangan. Beberapa percubaan merbahaya berjaya diselamatkan penjaga gol LZS, Sabri TJ.

Permaianan agak tegang apabila pasukan lawan tertekan hendak menyamakan kedudukan dan hasilnya beberapa kad kuning pengadil keluarkan dalam perlawanan ini.

Di akhir-akhir perlawanan pasukan lawan peroleh beberapa sepakan sudut dan gol diperolehi daripada sepakan sudut keempat dengan pemain lawan menanduk bola masuk ke gawang LZS. Pemain LZS tidak berpuas hati dengan gol tersebut sebab pemain lawan terlebih dahulu mengasari pertahanan LZS, Khairul Azhan tetapi gol tersebut tetap dikira.

LZS kecewa gagal mencatat kemenangan di Padang Taman Kanching, Rawang dan juga kecewa dengan beberapa keputusan pengadil.

2013-04-07 16.48.27 2013-04-07 16.48.41

Penolong ketua jurulatih pasukan bola sepak LZS, En Zaharudin Salim memuji aksi anak buahnya kerana di sebalik perlawanan ini, pemain-pemain LZS menunjukkan peningkatan daripada perlawanan sebelum ini. Beliau positif jika permainan LZS konsisten, LZS boleh berjaya di Pertandingan Piala MAWIP pada 13-14 April nanti, InsyaAllah…

Akhir kata, Selamat hari lahir kepada abam Shah Rukh Khan kita, Syahrul Salim yang sambut hari lahirnya pada 6 April dan pemain selaku penyokong kuat pemain LZS, abam Azhari Hamid pada 7 April dengan ucapan semoga dipanjangkan umor dimurahkan lagi rezeki dan semoga kita semua dibawah limpah rahmat dari Allah.. Ameen.

KEPUTUSAN PERLAWANAN:

LZS 2-2 SETIA KELANA
3 PETANG AHAD 7 APRIL 2013 | 26 JAMADILAWAL 1434H
PADANG TAMAN KANCHING, RAWANG

GOL LZS: Din Basri (’19), Usamah (’33)
GOL LAWAN: Pemain No 13 (’25), Pemain No 17 (’70)

KAD KUNING: Muhamad Ammar, Mohamad Fuad, Din Basri
MAN OF THE MATCH: SABRI TJ

PEMAIN YANG HADIR: Firdaus Zainol, Meor Adam, Mohd Habib, Khairul, Usamah , Mohamad Nafi, Amirul Mukminin, Mohd Nasir, Sabri TJ, Mohd Shafie, Bahd in Basri, Khairul Azhan, Azhari Hamid, Syahrul Syah Salim, Aziz, Muhamad Fuad, Taufik Saaid

3 thoughts on “LIGA SELANGOR: Pengadil tidak memihak Lezas

Leave a comment