Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2015

Image Today, 22-06-33

Lezas FC menerima jemputan dari Audit Selangor dan menhantar 2 team LZS dari HQ mewakili LZS ke kejohanan Piala Audit Selangor pada hari sabtu 16/05/2015 di Futsal KSL Puchong.

Pemain2 Lezas FC dari cawangan terlibat dengan retreat..

Pemain-pemain LZS di HQ yang terpilih menjalani dua kali latihan sebelum kejohanan. Pasukan LZS A & B dikendalikan oleh En Zaharudin Bin Salim
dan juga En Mohammad Zakaria Yahaya.

LZS A berjaya mara hingga ke suku akhir kejohanan dan tewas pada Juara Kejohanan PTG Selangor dengan keputusan 2-4.

PTG Selangor menjadi juara setelah menewaskan pasukan MPSJ ICT dengan keputusan 4-1. Manakala tempat ketiga antara pasukan Penjara Kajang & Abbas yang tidak ketahui keputusannya.

Perlawanan LZS A di kejohanan:

Peringkat kumpulan
LZS A 2-2 PADAT
LZS A 2-1 BSN A
LZS A 0-2 PENJARA SUNGAI BULOH

Pusingan kedua
LZS A (penalti 2-2) AADK

Pusingan ketiga
LZS A 5-3 Hospital Sungai Buloh

Suku akhir
LZS A 2-4 PTG Selangor

Manakala LZS B hanya bermain di peringkat kumpulan dan tidak berjaya ke peringkat selanjutnya kerana hanya menduduki tempat ketiga kumpulan dengan 3 mata sahaja.

LZS B hanya menang pada perlawanan akhir peringkat kumpulan dan pemain lambat panas dan lambat mendapat rentak perlawanan.

Perlawanan LZS B:
LZS B 0-1 JPS Kuala Langat
LZS B 0-1 Lembaga Lebuhraya Malaysia
LZS B 5-3 Jbtn Akauntan Negara Selangor

Tahniah kepada semua pemain dan pihak pengurusan.

Alhamdulillah tiada kecederaan semua bermain dengan baik..

Advertisements

Read Full Post »