Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2010

Salam, dah lama benar betul blog ni tak di update. Bukan apa dah lama jugak aktiviti sukan, rekreasi dan riadah kat LZS tak di adakan secara besar-besar. Kalau ada pun aktiviti mengisi masa lapang je. Dan sejak bulan Jun yang lalu dah makin banyak dah aktiviti kat LZS ni macam ‘travel’ nyambil melawat tempat orang. Dah ada 2,3 trip dah menjejak kaki ke Jakarta/Bandung dan Komboja. Nanti citer2 dan gambar2 kat sana insyallah akan menyusul.

Tanggal 16 dan 17 Julai lepas satu aktiviti sukan persahabatan telah berjaya di adakan di Kompleks TH Kelana Jaya yang melibatkan penyertaan kakitangan LZS dan LTH. Program yang dinamakan PROMO ini melibatkan aktiviti pemasaran dakwah zakat melalui edaran pamplet, forum, ceramah dan sukan indoor antara LZS dan LTH yang julung kali di adakan. Ok semuanya berjalan lancar dan semua orang nampaknya gembira sampai ada yang main karom macam main bola soraknya. OK layan dulu gambar kawan2 kita yang turun padang hari tu.














“Terima kasih semua yang terlibat pada hari tersebut” Hatta pengarah program. “Jumpa lagi tahun depan dengan acara dan hadiah yang lebih gah” tambah Hatta lagi.

Kepada semua kengkawan yang ingin mengadakan program seperti ini bolehlah sama2 kita berkongsi berita dan gambar untuk memaparkan aktiviti kakitangan LZS kepada masyarkat luar. Boleh lah hubungi saya atau En Faisal Rahim.

Tahniah kepada yang dapat pinngat pada hari tu yang telah banyak menonjolkan bakat2 luar biasa staf LZS dalam sukan Indoor seperti karom, ping pong, dart dan dam aji. Tak lupa kepada adik-adik yang menyertai pertandingan meawarna.

Nota: Lepas ni kita akan wujudkan satu kelab untuk kawan2 yang berminat untuk bermain sukan indoor ini selepas waktu pejabat seperti karom,dart, dam aji dan congkak. Ping pong kita masih tiada tempat untuk bermain. Sama-samalah kita meriadahkan diri demi kesihatan. Jauhkan dari stress di tempat kerja. Huuu..huuu

Read Full Post »