Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2018

draff result berkat cup

thumbnail_whatsappimage2018-10-06at23.47.21

2.jpg

thumbnail_edit2

6

9.jpg

3.jpg

DSC_8729.JPG

7.jpg

4.jpg

DSC_8855.JPG

 

DSC_8890.JPG

DSC_8904.JPG

dsc_8950

8.jpg

5.jpg

DSC_8928.JPG

DSC_9007.JPG

WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.25.28.jpeg

DSC_9010.JPG

Pasukan bola sepak Zakat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan penuh sepanjang bertanding di kejohanan Piala Berkat 2018 dan mohon maaf kerana tidak berjaya membawa pulang piala kejohanan. Pasukan sudah cuba sehabis baik namun rezeki hanya di peringkat separuh akhir kejohanan. Semoga ada rezeki lebih baik di kejohanan akan datang InsyaAllah.

Tahniah kepada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menjadi juara dan tahniah juga kepada 13 pasukan agensi mengurus zakat seluruh Malaysia kerana dapat berkumpul mengeratkan lagi ukhuwah bersama melalui sukan bola sepak. Terima kasih dan tahniah juga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman kerana menjadi tuan rumah Piala Berkat (Berkat Cup) edisi 2018. Penganjuran yang terbaik dan sungguh berprestij.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan bola sepak Zakat Selangor di atas semangat dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perlawanan Piala Berkat 2018. Pasukan Bola Sepak Zakat Selangor berada dalam kelompok 4 terbaik kejohanan Piala Berkat 2018 bersama juara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ ), naib juara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan – (PPZ-MAIWP) dan juga Zakat Melaka.

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA BERKAT 2018 
5-7 OKTOBER 2018
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

JUARA: MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)
NAIB JUARA: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ MAIWP)
BERKONGSI TEMPAT KETIGA: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) & ZAKAT MELAKA (KUTIPAN)

SEPARUH AKHIR PERTAMA
MAINJ 2-1 ZAKAT MELAKA

SEPARUH AKHIR KEDUA
ZAKAT SELANGOR 0-0 PPZ MAIWP
PENENTUAN PENALTI 
ZAKAT SELANGOR 1-3 PPZ MAIWP

PERLAWANAN AKHIR
MAINJ 2-0 PPZ MAIWP

Advertisements

Read Full Post »

draft berkat cup 2018 v3.jpg

draft berkat cup 2018.jpg

download (1).png

Majlis penyerahan jersey pasukan kepada ketua pasukan bola sepak Zakat Selangor, Abdul Walid Mt Noh yang disampaikan oleh Naib Presiden FAS, Y.BHG Datuk Abdul Rauf Bin Ahmad. Gambar dari kiri, Mohd Izhar Bin Moslim (Setiausaha FAS), Dr Johan Kamal Bin Hamidon (Setiausaha Agong FAS), Ketua pasukan Zakat Selangor, Abdul Walid Mt Noh, Naib Presiden FAS, Y.BHG Datuk Abdul Rauf Bin Ahmad, En Abdul Basith Abdul Hamid (Pengerusi LEZAS FC, OIC Zakat Selangor) dan pemain Pasukan Selangor FA, Mohd Amri Yahyah.

download.png

Terima kasih atas sokongan pengurusan Selangor FA dan pemain bola sepak Selangor, Amri Yahyah yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan bola sepak Zakat Selangor.

Selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak LZS ke KEJOHANAN PIALA BERKAT 2018 antara Institusi-institusi Zakat Negeri yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 5-7 Oktober 2018.

Doakan pasukan Zakat Selangor menjadi johan dalam kejohanan Piala Berkat pada kali ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita, Lembaga Zakat Selangor Ameen.

Read Full Post »