Terima Kasih

Assalamualaikum wr wbh semua warga kerja LZS yang dikasihi, Alhamdulillah.. kita telah selesai mengadakan program Hari Keluarga LZS 2010 pada 29-30/5/2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang berakhir semalam dalam suasana ceria bersama seisi keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Ucapan syabas dan terima kasih atas komitmen anda untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan. Diharap hari ini semua warga kerja LZS dapat bertugas dengan penuh semangat dan bermotivasi selepas menghadiri Hari Keluarga tersebut, harap-harap tak ada yang MC atau EL ekoran keletihan mandi kolam dan sebagainya. Ucapan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga … Continue reading Terima Kasih

Libas LEZAS kembali proaktif

Sedikit ulasan dari penggiat sukan Takraw LEZAS saudara Imam Fikrie: Layan gambar mereka melibas sekali. Pasukan sepak takraw Libas LeZaS menimba pendedahan dan pengalaman bermakna daripada KELAB BENTARA BERSATU,KG.SIJANGKANG, BANTING pada perlawanan persahabatan, 23 Mei yang lalu. Pasukan yang ‘dihidupkan kembali’ dalam tempoh dua bulan ini memberikan tentangan sengit dalam perlawanan di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam itu. Perlawanan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan membentuk suasana semangat bekerjasama serta membina ke arah membantu perkembangan sukan sepak takraw selain mencungkil dan mengasah semula bakat bersukan kakitangan LZS. Regu pertama dianggotai Khairul Azhan, Hatta Zainal Abidin dan Taufiq Mohamed Saaid … Continue reading Libas LEZAS kembali proaktif