Konvoi ABC 2020 Ke Lemang Toki

IMG_20200111_073608.jpg

BENTONG, PAHANG – Kelab Amil Bikers Club yang diterajui/Presiden Azhan Ahmat (Kokong) sudah lama merancang konvoi tetapi seringkali tidak menjadi atas kekangan masing2.

Tanggal 11 Januari 2020 pada pagi Sabtu yang indah akhirnya konvoi Amil Biker yang diketuai Irsyat Zamani menjadi kenyataan pada beberapa amil bikers berjaya konvoi ke Lemang Toki di Bentong, Pahang.

 

Seramai 9 bikers bergerak dari “Meet Point” di BHP Karak/ Lepas Tol Gombak lebih kurang jam 745 pagi dan tiba di Lemang Toki lebih kurang jam 9 pagi.

9 Bikers kental terdiri dari

  1. Ustaz Zulkefli Mat Yatim – Kawasaki versys 650
  2. Irsyat Zamani – ysuku hijau
  3. Aziz – ysuku hijau
  4. Luqman – ysuku hijau
  5. Sarjan – RS150 Repsol
  6. Hafiz – RS150 Biru
  7. Man Bebek – LC135 turbo v2
  8. Ladun – LC135 v2
  9. Bahdin – LC135 v1

IMG_20200111_094908.jpg

IMG_20200111_082804.jpg
Inilah To’Ki empunya Lemang

Balik layan Lemong Toki pusing-pusing pekan Bentong cari port makan Durian pula hasil sumbangan duit tabung ABC. Alhamdulillah rezeki rakan bikers yang join konvoi kali ini. Alhamdulillah 13kg durian dibedal siap bekal lagi.

IMG_20200111_095955.jpg

IMG_20200111_112851.jpg
Lepas makan durian ngeteh di Hentian Genting Sempah

Penutup Konvoi berakhir di kenduri staff Shahrul Anur dan juga Fatin Nabila. Tahniah kepada kedua mempelai, selamat pengantin baru diucapkan selamat berbahagia dunia & akhirat. Ameen

Alhamdulillah konvoi kali ini berjalan dengan selamat dan tahniah kepada semua yang menjayakan aktivit konvoi kali ini. Kesian kepada seringkali yang kena tinggal konvoi dan terima kasih Ustaz Zulkepli Mat Yatim yang sentiasa menemani beliau. Kena upgrade CC atau modofoed motor gamaknye. haha…

Ke mana konvoi ABC lepas ni? adakah pada bulan depan ke Cameroon? atau pada tahun hadapan? huhu

LEZAS Bijar Atur Peluang Atasi MAIS FC

DSC_0301.JPG

KHAMIS 5 DISEMBER – Pasukan bola sepak LEZAS FC berjaya menewaskan pasukan MAIS FC dengan jaringan 6-1 dalam satu aksi perlawanan persahabatan di padang Rhino KV Arena Shah Alam.

IMG_20191205_185814.jpeg

Pemain bola sepak Lezas FC di barisi pemain senior terdiri daripada Abg Li, Azhan Ahmat (Kokong), Awe Zakuan, Helmi Damanhuri dan juga Azhari Hamid bersama pemain-pemain muda LEZAS FC.

DSC_0325.JPG

Permainan nampak seimbang di separuh masa pertama apabila kedua pasukan bertukar-tukar bola dalam merencana gerakan untuk masing-masing cuba mendapatkan gol pertama.

MAIS FC hampir-hampir mendahului selepas Mol Akmal berjaya menewaskan penjaga gol LEZAS FC dan pertahanan mantap LEZAS FC yang dipinjamkan kepada pasukan Elit Cheras Celtic, Ustaz Ladun tetapi bola sepakan Mol tersangkut di depan garisan gol kerana bola sangkut di atas padang yang basah. Ladun dengan pantas bagaikan Lipas Kudung clear bola dari kawasan bahaya.

LEZAS FC terlebih dahulu mendahului dengan jaringan Hazwan Tiktok apabila berjaya mengelecek pertahanan lawan gan menjaringkan gol pertama.

DSC_0293

Separuh masa kedua LEZAS berjaya memanfaatkan peluang yang ada mendapatkan empat gol selepas pertahanan kebal MAIS FC yang juga staff LEZAS FC iaitiu Sabri Shahrom tidak main pada waktu tersebut.

Gol kedua diperolehi selepas Bahdin mendapat bola hantaran Aiman dari bawah dan terus menjaringkan gol selepas melihat penjaga gol jauh dari kawasan gol. Gol ketiga diperolehi dari Khairi yang pantas menjaringkan gol selepas mendapat hantaran dari Ayie Azhari dari sepakan sudut.

Gol ketiga diperolehi dari Khairi yang hanya berdepan dengan penjaga gol selepas mendapat hantaran pantas dari Aiman kepada Bahdin dan terus kepada Khairi.

Gol keempat LEZAS FC diperolehi pemain senior berpengalaman LEZAS FC, Ayie Azhari bijak menjaringkan gol dari jarak jauh selepas melihat penjaga gol pihak lawan jauh di depan kawasan gol. Penjaga gol pihak lawan lemas gagal menyelamatkan gol dari dibolosi.

Separuh masa ketiga kedua pasukan kembali seimbang dan masing-masing cuba mendapatkan gol. Tiada jaringan dihasilkan pada masa ini. Pertahanan MAIS FC kembali kebal selepas kembalinya Sabri Shahrom kembali bermain bersama rakan gandingan yang lebih mantap. Gawang LEZAS beberapa kali di terjah tapi penjaga gol dan pertahanan LEZAS FC yang dibarisi Nasir dan juga Zul bijak mempertahnkan pintu gol LEZAS FC dari dibolosi.

 

LEZAS FC kembali menjarakkan jurang selepas bermulanya separuh masa keempat apabila Bahdin mendapat hantaran dari Abg Li dan mengelecek beberapa pemain selepas membuat thru pass kepada Aiman dan Aiman menjaringkan gol keenam.

MAIS FC mendapat sepakan penalti Awe Zakuan selepas cuba menyelamatkan keadaan dengan tackle bola dalam kotak penalti tetapi Awe tertackle sekali dengan pemain pihak lawan. Penjaga Gol LEZAS FC berjaya menyelamatkan gol sepakan penalti MAIS begitu juga sepakan bola muntah tadi berjaya ditepis tetapi kerana sepakan yang kuat pemain MAIS FC tadi berjaya melepasi garisan gol.

DSC_0328.JPG

Kedudukan jaringan LEZAS 6-1 MAIS FC kekal hingga perlawanan tamat. Terima kasih kepada semua yang hadir yang memberikan komitmen.

Pasukan bola sepak LEZAS FC mendapatkan suntikan beberapa pemain muda yang fit yang sangat baik dari kawan Khairi Huzaifi bagi cukupkan corum LEZAS FC. Suntikan tonik muda-muda belaka dengan gandingan yang baik bersama pemain LEZAS FC antara faktor kemenangan LEZAS FC ke atas MAIS FC.

LEZAS 6-1 MAIS FC
KHAMIS 6PM 05 DEC 2019
RHINO ARENA A SHAH ALAM
1st gol wan tiktok
2nd gol bahdin
assist aiman
3rd gol khairi
assist bahdin
gol keempat khairi
assist ayie
gol kelima ayie
gol keenam aiman
assist bahdin

 

LEZAS Rangkul PIALA SUMBANGSIH 2019

JUMAAT 22 NOVEMBER – Perlawanan bola sepak antara aktiviti sukan pilihan ramai untuk merapatkan lagi ukhuwah setiap organisasi. Dalam program kembara ZAKAT DIHATI di Penjara Sungai Buloh dengan staff Penjara Sungai Buloh

img_20191122_185002-e1574476501164.jpg

CEO LEZAS FC, Encik Saipolyazan bin Mat Yusop menerima Piala Sumbangsih 2019 daripada

IMG_20191122_184220
Pasukan Veteran dan Pasukan Muda bola sepak LEZAS FC.

Perlawanan Pertama antara Pasukan Bola Sepak Veteran LEZAS FC yang diketuai CEO LZS, Encik Saipolyazan bin Mat Yusop dan dibantu GM Kutipan, Encik Mohd Sabirin b. Mohd Sarbini dimenangi dengan veteran Penjara Sungai Buloh dimenangi Veteran LEZAS dengan jaringan 1-0.

Gol tunggal Veteran LEZAS FC diperolehi pada minit akhir-akhir separuh masa kedua selepas Bahdin menerima hantaran daripada Encik Sabirin dan mengelecek melepasi beberapa pemain di tepi kiri padang dan membuat hantaran ke tengah padang dan Usamah dengan pantas menyepak bola ke dalam gol. Keputusan kekal hingga akhir perlawann.

IMG_20191122_184457

Barisan team Veteran LEZAS FC

Perlawanan seterusnya antara pemain muda berakhir dengan keputusan seri 1-1. Separuh masa pertama pasukan Staff Penjara Sungai Buloh terlebih dahului menjaringkan gol selepas beberap percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gol Lezas, Haikal dan juga pertahanan LEZAS dibarisi Ali, Zul dan juga Nasir.

IMG_20191122_183929
Gambar selepas perlawanan antara staff Penjara Sungai Buloh dan staff LZS

Gol LEZAS FC diperolehi selepas bola hantaran Osman Bebek berjaya dijaringkan Hazwan Tiktok selepas penjaga gol Staff Penjara Sungai Buloh lemas bola hantaran Osman Bebek dan Hazwan Tiktok mudah menolak bola ke dalam gol.

IMG_20191122_184544
Barisan pemain-pemain muda LEZAS FC ‘bila susah nak ajak bergambar cam ni la jadinya.. hahaha

Keputusan akhir perlawanan Veteran LEZAS menang 1-0 dan Pemain muda seri 1-1 dan aggregate 2-1 sekaligus LEZAS FC berjaya merangkul Piala Sumbangsih 2019 antara LZS dan juga Penjara Sungai Buloh.

 

 

IMG_20191122_185213
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO LZS), En. Saipolyazan bin Mat Yusop merangkul Piala Sumbangsih 2019 bersama Ketua Divisyen Kutipan, En. Mohd Sabirin b. Mohd Sarbini

IMG_20191122_201917

00100lrPORTRAIT_00100_BURST20191122204025036_COVER.jpg

img_20191122_185700.jpg

LEZAS JUARA PIALA SUMBANGSIH 2019
JUMAAT 22 NOVEMBER 2019
PADANG PENJARA SUNGAI BULOH

KEPUTUSAN PENUH:
VVIP LZS/LEZAS 1-0 VVIP PENJARA SUNGAI BULOH
Gol: Usamah
Assist: Bahdin

STAFF LZS/LEZAS 1-1 STAFF PENJARA SUNGAI BULOH
Gol: Hazwan Tiktok
Assist: Osman Bebek

AGGREGATE: LEZAS 2-1 PENJARA SUNGAI BULOH

 

 

 

 

Team LEZAS Dijinakkan dengan Anak2 Asnaf

img_20191120_190040.jpg

RABU 20 NOVEMBER – Perlawanan petang rabu di padang RHINO KV AREANA SHAH ALAM bermula dengan suasana hujan. Keadaan padang basah dengan air sedikit bertakung  di beberapa tempat menyukarkan tempo permainan kedua pasukan.

Pemain-pemain muda Baitul Hasanah yang terdiri dari anak-anak asnaf di bawah kendalian coach Syed Ahmad Sobri dan juga bantuan Ikhmal bermula sedikit gugup mungkin kerana mereka melawan dengan orang yang jauh lebih tua dari mereka. Rata-rata pemain belasan tahun berbanding pemain lezas yang majoriti 30an.

Baitul Hanasah mendahului perlawanan sepepas penyerang mereka pantas menyambar bola dari kawalan pertahanan LEZAS dan menjaringkan gol yang dijaga anak abang Sabritj. Laju dia memang laju.. pantas menyambar bola dan tak sempat defend Lezas yang kejar.

Team BH bermain dengan baik di bawah tunjuk ajar Syed Ahmad Sobri yang mana memimpin pemain-pemain BH di tengah padang. Beliau merupakan playmaker BH petang itu.

Separuh masa kedua pasukan BH mendapat gol cantik selepas coach BH sendiri iaitu Syed Ahmad Sobri menjaringkan gol dari tengah padang selepas beliau melihat anak abg sabriTJ jau di depan garian gol.

img_20191120_185911.jpg

Gol Lezas di perolehi di separuh masa keempat yang mana gol pertama diperolehi selepas zack dijatuhkan di dalam kotak dan Nasir dengan tenang menjaringkan gol menerusi penalti.

Gol kedua diperolehi selepas Hazwan Tiktok tenag menjaringkan gol selepas berjaya melepasi offside selepas mendapta lorongan cantik dari Yazid DPA. Pemain harapan LEZAS FC, Osman Bebek gagal menyinar pada perlawanan tersebut disebabkan isu but beliau, padang berlecak dan foul ketika buat balingan out. -p

IMG_20191120_190148.jpg

 

Di separuh masa keempat pembantu coach BH Ikhmal pula meminpin pemain-pemain BH selepas Syed rehat melihat dari luar padang. BH mendapat gol padang dari serangan balas selepas sepakan percuma Khairi hanya mengenai wall pemain BH dan serangan balas mengejut itu tidak dapat disekat oleh Bahdin, Yaakub Nasir dan juga abg Sabritj yang menjadi goalkeeper pada waktu itu.

Keputusan penuh perlawanan

LEZAS FC 2-5 BAITUL HASANAH
530 PETANG RABU 20 NOV 2019
PADANG A RHINO KV ARENA SHAH ALAM
GOL: Nasir (penalti), Hazwan assit Yazid DPA, Syed Ahmad Sobri

 

 

LEZAS Rasmi Jersi Baru Bersama Fuad Johawaki

JUMAAT 25 OKT – Perlawanan yang berlansung pada di padang ECO ARDENCE A, SETIA ALAM dimenangi LEZAS FC selepas berjaya menjinakkan pasukan Johawaki walaupun Fuad defend mantap Lezas suatu masa dahulu sudah bermain untuk syarikat baru beliau iaitu Johawaki.

20191025_211217.jpeg20191025_211244.jpeg

 

IMG_20191025_214232
Bersama defend mantap LEZAS FC suatu masa dahulu yang juga sekarang digelar Fuad Johawaki (berbaju hijau)
IMG_20191025_215308
Set2 veteran LEZAS FC (orang lama) dibarisi dari atas kanan, Azhari Hamid (ayie), Azhan Ahmat (bung kokong), Zakuan Hasan (awe donde), Sabritj, Chely. Bawah Fuad Jamal dan juga Osman Bebek generasi muda.
IMG_20191025_215122
Pengantin baru Nafi Jemaron yang juga penyokong Spurs sama macam Fuad dan Khairi Huzaifi turut hadir melepasi kawalan isteri-isteri baru mereka. Cuma Pengantin baru Kamal hilang dari radar.

Pemain Lezas Nafi Jemaron sering kali passing bola kepada Fuad Jamal, mungkin beliau rindu hendak passing bola kepada rakan sepasukannya dahulu yang kini sudah bekerja dan bermain untuk team lain.

Pengantin baru Nafi Jemaron yang juga penyokong Spurs sama macam Fuad dan Khairi Huzaifi turut hadir melepasi kawalan isteri-isteri baru mereka. Cuma Pengantin baru Kamal hilang dari radar. Tahniah diucapkan, selamat pengantin baru dan selamat berbahagia diucapkan kepada pengantin baru, Nafi Jemaron, Khairi Huzaifi dan juga Kamal Asyraf.

Semua Gol-gol LEZAS FC dijaringkan oleh M.Yazid yang juga merupakan M.Salah Liverpool bagi team LEZAS FC. Beliau la harapan beliau la goal machine pasukan LEZAS FC ketika ini.

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan perasmian jersi baru yang diuruskan oleh saudara Irsyat Zamani. Terima kasih Irsyat Zamani tolong menguruskan tempahan jersi LEZAS FC yang setelah sekian lama tertangguh.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

LEZAS FC 2-0 JOHAWAKI
JUMAAT 8 MALAM 25 OKTOBER 2019
ECO ARDENCE A SETIA ALAM
GOL-GOL LEZAS: M.YAZID 2 GOL

IMG_20191025_225703
Dari kanan pertahanan LEZAS yang juga collector komik dan juga kad Ammar, Tengah Freekick specialist Lezas, Ahmad Nasir dan juga scorer LEZAS FC, M.Yazid sedang khusyuk dengan telefon masing2. Mungkin sedang update status ataupun tengok isu-isu semasa selepas perlawanan.

 

Spiderman Juara Futsal Marvel Lezas 2019

spiderman 2

Tahniah diucapkan kepada Team Spiderman berjaya menjadi Juara Futsal Marvel Lezas 2019 selepas menewaskan team Wolverine di perlawanan akhir dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan daripada Khairi Huzaifi dari Divisyen Kewangan yang bermain untuk team Spiderman.

Sebelum perlawanan akhir Team Spiderman menewaskan team Deadpool di perlawanan separuh akhir pertama dengan jaringan 4-2. Manakala pasukan Wolverine menewaskan pasukan Dr Strange dari Hartanah dengan jaringan 3-0.

Team Deadpool dari DPA menduduki tempat ketiga selepas menewaskan team Dr Strange dengan jaringan 3-1.

RUMUSAN FUTSAL MARVEL LEZAS 2019
KEDUDUKAN PENUH 

JUARA: SPIDERMAN (Rojak1)
NAIB JUARA: WOLVERINE (DOAA)
KETIGA: DEADPOOL (DPA)
KEEMPAT: DR STRANGE (Hartanah)
KELIMA: BLACK PANTHER (Rojak 3)
KEENAM: ANT MAN (Rojak 2)
KETUJUH: HULK (Petaling)
KELAPAN: THANOS (ODHL)

RUMUSAN PERINGKAT KUMPULAN
GOL TERTINGGI: 12 GOL (TEAM SPIDERMAN)
GOL KURANG: 2 GOL (TEAM ANT-MAN, HULK & THANOS)
BOLOS TINGGI: 8 GOL (TEAM HULK)
BOLOS KURANG: 2 GOL (TEAM SPIDERMAN & WOLVERINE)

RUMUSAN KEJOHANAN:
GOL TERTINGGI: 17 GOL (TEAM SPIDERMAN)
GOL KURANG: 9 GOL (TEAM DEADPOOL, DR STRANGE & WOLVERINE)
BOLOS SEDIKIT: 4 GOL (TEAM SPIDERMAN & WOLVERINE)
BOLOS TERTINGGI: 13 GOL (TEAM DR STRANGE)
OVERACHIEVERS: TEAM DEADPOOL (DPA)
UNDERPERFORMANCE: TEAM THANOS (ODHL)

drft poster futsal lezas 2019-Recovered

 

 

wolverine

DEADPOOL

DR STRANGE.jpg

BLACK PANTHER

ANTMAN.jpg

HULK.jpg

THANOS.jpg

 

 

 

 

 

This slideshow requires JavaScript.

 

This slideshow requires JavaScript.

 

SEMUA.jpg

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih semua di atas kerjasama yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan akan datang InsyaAlllah.. Bersukan merapatkan ukhuwah Lezas!

FUTSAL: JUARA JUARA FUTSAL LEZAS

JUARA JUARA FUTSAL LEZAS

2019: SPIDERMAN (tema marvel)
2018: AGIHAN BELANDA (tema world cup)
2017: AGIHAN HQ (tema inter department)
2016: IRONMAN (tema hero-hero Lezas)
2016: PKNS FC (tema piala town hall)
2016: SPURS LEZAS  (tema europa Lezas)
2015: BANGA LA DESH (tema pati2 di Malaysia)

PEMAIN JUARA2

4 kali – shiro, yaakub
3 kali – khairi, bahdin, nasir, ladun
2 kali – usamah, syahrul, zack, ayie, kamal, ammer affuan
1 kali – ramai hahaha

spiderman 2.jpg

agihan belanda v1
PIALA WORLD CUP LEZAS 2018: AGIHAN BELANDA
WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.39.41 (1).jpeg
PIALA KEZAS 2017: AGIHAN HQ (inter department)
futsal piala townhall.jpg
PIALA TOWN HALL 2016: PKNS FC
WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.40.13 (1)
PIALA EUROPA LEZAS: SPURS MALAYSIA
ironman 2016 s
HERO-HERO LEZAS 2016: IRONMAN
WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.39.51 (1).jpeg
PATI2 LEZAS 2015: BANGA LA DESH

Che Li Labur Duit Untuk Kekalkan Kecergasan

DSC_8774

Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan sebahagian besar pemain-pemain Lezas masih belum menyedari kepentingan sains sukan khususnya bagi meningkatkan aspek stamina mereka.

Secara amnya, kebanyakan pemain masih bergantung kepada perlawanan bersama pasukan masing-masing untuk rutin latihan kecergasan dan kemahiran mereka.

“Inisiatif ini bukan untuk saya mencari populariti tetapi ia mengingatkan saya menentang diri saya sendiri. Saya tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana pemain dan usaha ini adalah untuk mencabar ‘musuh ketat’ iaitu diri saya sendiri yang semakin dimamah usia. Umur hanya angka namun saya masih keal hensem kan yang juga bapa kepada 7 orang anak.

“Secara peribadi, latihan kecergasan bola sepak sangat penting jika anda mahu berkembang sebagai pemain bola sepak. Seorang pemain yang memiliki bentuk fizikal terbaik sudah pasti dia boleh mengharapkan untuk melakukan sesuatu.

“Bagaimanapun, kekuatan dan ketahanan otot tidak sahaja bergantung kepada latihan kecergasan bola sepak di mana kamu juga harus menjaga pemakanan dengan betul jika kamu mahu memastikan kondisi kamu berada dalam keadaan maksimum. Jadi, berdasarkan pengalaman saya membentuk kecergasan terbaik secara tidak langsung akan membantu prestasi kamu menjadi semakin baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Che Mohd Fadly Che Onn , 39 yang juga lagenda Liverpool, mengalu-alukan pemain-pemain Lezas terutama pemain muda memiliki inisiatif tersendiri bagi mempertingkatkan potensi selain menggesa mereka keluar daripada zon selesa.

 

cheli.JPG

“Nasihat saya kepada pemain-pemain yang serius untuk melaksanakan program latihan peribadi, kamu harus berani kerana seperti saya katakan tadi, hanya kamu sendiri dapat mencabar keupayaan diri, bukannya pemain lain.

“Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak sesekali berada dalam keadaan selesa dan saya percaya pemain-pemain terutama pemain2 Lezas memiliki bakat besar untuk membuktikan potensi mereka,” tambahnya.

“Saya juga menyeru komitmen semua pemain Lezas agar mencontohi pemain veteran seperti Azhari Hamid yang juga merupakan idola beliau sejak kecil kerana komitmen yang diberikan kepada team sungguh luar biasa. Tahan permainan juga tidak padan dengan umur. Sungguh berbeza dengan pemain muda zaman la ni, pubG pubG pubG hiking, sampai di dalam padang pun masih sembang pasal pubG. Apa kejadahnya semua tu” Tapi hiking tu bagus aktiviti sihat tapi itulaa…” kata beliau dengan tegas.

“Selain meningkatkan kecergasan dalam perlawanan Liga Selangor ahad ni saya juga optimis ODHL tahun ini akan menjadi juara Futsal Lezas 2019, dan juga Liverpool akan menjuarai Liga EPL musim ini, tunggu dan lihat” tambahnya lagi.

HEBAHAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA BERKAT 2018

draff result berkat cup

thumbnail_whatsappimage2018-10-06at23.47.21

2.jpg

thumbnail_edit2

6

9.jpg

3.jpg

DSC_8729.JPG

7.jpg

4.jpg

DSC_8855.JPG

 

DSC_8890.JPG

DSC_8904.JPG

dsc_8950

8.jpg

5.jpg

DSC_8928.JPG

DSC_9007.JPG

WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.25.28.jpeg

DSC_9010.JPG

Pasukan bola sepak Zakat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan penuh sepanjang bertanding di kejohanan Piala Berkat 2018 dan mohon maaf kerana tidak berjaya membawa pulang piala kejohanan. Pasukan sudah cuba sehabis baik namun rezeki hanya di peringkat separuh akhir kejohanan. Semoga ada rezeki lebih baik di kejohanan akan datang InsyaAllah.

Tahniah kepada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menjadi juara dan tahniah juga kepada 13 pasukan agensi mengurus zakat seluruh Malaysia kerana dapat berkumpul mengeratkan lagi ukhuwah bersama melalui sukan bola sepak. Terima kasih dan tahniah juga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman kerana menjadi tuan rumah Piala Berkat (Berkat Cup) edisi 2018. Penganjuran yang terbaik dan sungguh berprestij.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan bola sepak Zakat Selangor di atas semangat dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perlawanan Piala Berkat 2018. Pasukan Bola Sepak Zakat Selangor berada dalam kelompok 4 terbaik kejohanan Piala Berkat 2018 bersama juara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ ), naib juara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan – (PPZ-MAIWP) dan juga Zakat Melaka.

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA BERKAT 2018 
5-7 OKTOBER 2018
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

JUARA: MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)
NAIB JUARA: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ MAIWP)
BERKONGSI TEMPAT KETIGA: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) & ZAKAT MELAKA (KUTIPAN)

SEPARUH AKHIR PERTAMA
MAINJ 2-1 ZAKAT MELAKA

SEPARUH AKHIR KEDUA
ZAKAT SELANGOR 0-0 PPZ MAIWP
PENENTUAN PENALTI 
ZAKAT SELANGOR 1-3 PPZ MAIWP

PERLAWANAN AKHIR
MAINJ 2-0 PPZ MAIWP

HEBAHAN KEJOHANAN PIALA BERKAT 2018

draft berkat cup 2018 v3.jpg

draft berkat cup 2018.jpg

download (1).png
Majlis penyerahan jersey pasukan kepada ketua pasukan bola sepak Zakat Selangor, Abdul Walid Mt Noh yang disampaikan oleh Naib Presiden FAS, Y.BHG Datuk Abdul Rauf Bin Ahmad. Gambar dari kiri, Mohd Izhar Bin Moslim (Setiausaha FAS), Dr Johan Kamal Bin Hamidon (Setiausaha Agong FAS), Ketua pasukan Zakat Selangor, Abdul Walid Mt Noh, Naib Presiden FAS, Y.BHG Datuk Abdul Rauf Bin Ahmad, En Abdul Basith Abdul Hamid (Pengerusi LEZAS FC, OIC Zakat Selangor) dan pemain Pasukan Selangor FA, Mohd Amri Yahyah.
download.png
Terima kasih atas sokongan pengurusan Selangor FA dan pemain bola sepak Selangor, Amri Yahyah yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan bola sepak Zakat Selangor.

Selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak LZS ke KEJOHANAN PIALA BERKAT 2018 antara Institusi-institusi Zakat Negeri yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 5-7 Oktober 2018.

Doakan pasukan Zakat Selangor menjadi johan dalam kejohanan Piala Berkat pada kali ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita, Lembaga Zakat Selangor Ameen.

Agihan Belanda Juara Futsal World Cup Lezas 2018

agihan belanda v1.jpg

Shiro sekali menjadi juara Futsal Lezas dan kali ini mewakili team Belanda yang terdiri dari staf2 dari pejabat Agihan. Tahniah diucapkan kepada team Agihan Belanda menjadi Juara Futsal World Cup Lezas 2018 dan juga tahniah kepada semua team-team yang menjayakan kejohanan futsal pada kali ini.

odhl england.jpg
NAIB JOHAN FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: ODHL ENGLAND
campuran malaysia.jpg
KETIGA FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: CAMPURAN MALAYSIA
hulu sel france.jpg
KEEMPAT FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: HULU SEL FRANCE

Keputusan kedudukan akhir Futsal World Cup Lezas 2018
1. Belanda 🇳🇱 Agihan HQ
2. England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 ODHL
3. Malaysia 🇲🇾 Collect Team
4. France 🇫🇷 Hulu Sel Gombak
5. Brazil 🇧🇷 Klang, Sepang, KL
6. German 🇩🇪 Petaling
7. Sweden 🇸🇪 Kutipan
8. Jepun 🇭🇷 Hartanah

schedule futsal lezas 2018.JPG
Jadual perlawanan peringkat kumpulan Futsal World Cup Lezas 2018
GROUP A.JPG
Keputusan dan mata kumpulan A Futsal World Cup LEZAS 2018
GROUP B
Keputusan dan mata kumpulan B Futsal World Cup LEZAS 2018
next round.JPG
Jadual dan kuputusan peringkat separuh akhir Futsal World Cup LEZAS 2018

WhatsApp Image 2018-08-18 at 18.17.44.jpeg

Team Klang + Sepang + HQ = This is Brazil

IMG_9572.JPG
Team Petaling Germany
IMG_9473.JPG
Team Petaling Germany
IMG_9478.JPG
Team Kutipan Sweden
IMG_9479.JPG
Team Kutipan Sweden
IMG_9475
Team Hartanah Jepun
IMG_9480.JPG
Perlawanan peringkat kumpulan A: Germany 3-0 Jepun
IMG_9493
Perlawanan Peringkat Kumpulan A: England 2-1 Germany
IMG_9482.JPG
Perlawanan peringkat kumpulan B: France 1-0 Malaysia
IMG_9505.JPG
Perlawanan Peringkat Kumpulan B: France 4-1 Sweden
img_9498.jpg
Perlawanan Peringkat Kumpulan B: Malaysia 3-1 Brazil
IMG_9490.JPG
Perlawanan peringkat Kumpulan B: Brazil 2-1 France
IMG_9487
Perlawanan Peringkat Kumpulan B: Malaysia 3-0 Sweden
IMG_9511.JPG
Separuh Akhir Pertama: England 3-0 France
img_9515.jpg
Separuh Akhir kedua: Belanda 1-0 Malaysia
IMG_9532.JPG
Penentuan Tempat Ketiga: Malaysia 3-2 France
IMG_9544.JPG
Perlawanan Akhir: Belanda 4-1 England

next round v2.JPG

Jadual dan kuputusan peringkat separuh akhir Futsal World Cup LEZAS 2018

IMG_9568

LIGA SELANGOR: Tewas di saat akhir

STADIUM MINI SHAH ALAM 11 FEB – TEWAS DI SAAT AKHIR… Skuad bola sepak Lezas FC hampir-hampir menyamakan kedudukan dengan pasukan pendahulu liga Armada Young namun tewas dengan keputusan 0-1. Gol diperolehi di masa kecederaan, minit-minit akhir perlawanan apabila bola dari sepakan sudut gagal dikeluarkan dengan kemas oleh penjaga gol Lezas captain Walid.

PERLAWANAN KEEMPAT LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
ARMADA YOUNG 1-0 LEZAS FC
5PM 11/02/2018
STADIUM MINI SHAH ALAM
kad kuning: ammar LEZAS FC, pemain no 8/captain armada young
MOTM: semua pemain LEZAS FC

IMG_5037.JPG

Selepas beberapa kali diuji akhirnya beliau tewas apabila lemas dengan bola hasil dari sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar dari kawasan bahaya. Bukan beliau sahaja, malah rakan pertahanan Fuad, Nafi, Ladun, Ammar juga turut sama lemas apabila beliau gagal menampan bola dari menuju ke gawang.

Bola menuju ke gawang ke tiang kanan dan ditanduk mudah oleh pemain Armada Young. Pengadil perlawanan meniup wisel panjang tanda tamat perlawanan selepas pihak lawan dapat jaringan di saat akhir.

IMG_5030.JPG

IMG_5026.JPG

IMG_5007.JPG

Abd Walid petugas kaunter PKNS bukanlah penjaga gol utama LEZAS FC tapi telah berjaya beberapa kali menafikan jaringan pihak lawan dibantu rakan di bahagian sepasukan Fuad, Ladun dan ramai lagi. Keberanian, kebolehan nya memang patut dipuji kerana tidak semua sanggup menjawat jawatan yang sungguh berat ini.

Perlawanan kali ini pasukan bola sepak LEZAS FC mengamalkan corak bertahan dalam misi mencari mata pertama dalam saingan Liga Selangor Musim 2018. Disiplin yang ditunjukkan semua pemain LEZAS FC sangat baik sehingga pasukan lawan tertekan mencari gol kemenangan.

Pasukan LEZAS FC tetap berjaya membuat cubaan ke arah gol daripada gandingan Farhan dan juga Shiro. Satu umpanan yang cantik daripada Nafi kepada Shiro adalah peluang yang terbaik pabila Shiro berjaya mengelecek melepasi pertahanan lawan namun sepakannya tersasar dari gawang gol.

IMG_5041.JPG

Semangat semua pemain LEZAS FC harus dipuji kerana hampir seri dengan pendahulu liga yang berjaya menjaringkan 11 gol ke atas Puchong Rovers tetapi dengan LEZAS FC mereka buntu mencari gol tetapi berjaya mendapat 1 gol di minit akhir perlawanan.

Sepintas lalu rekod perlawanan LEZAS FC dan juga ARMADA YOUNG.

LEZAS FC 0-2 PUCHONG ROVERS
ARMADA YOUNG 11-0 PUCHONG ROVERS

LEZAS FC 1-3 KC TIGERS
ARMADA YOUNG 2-0 KC TIGERS

IMG_5045.JPG

IMG_5043.JPG

 

LIGA SELANGOR: LEZAS tewas 0-5 kepada MAS

KELANA JAYA 14 JAN – TEWAS… Pedih tapi ini hakikat yang terpaksa diterima apabila skuad bola sepak Lezas kalah 0-5 di tangan pemain muda MAS dalam perlawanan ketiga Liga Selangor Divisyen 1 musim 2018.

PERLAWANAN KETIGA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
MAS 5-0 LEZAS FC
5PM 14/01/2018
SMK KELANA JAYA

IMG_4358

IMG_4376.JPG
Pasukan Muda MAS

IMG_4373

 

GOL PERTAMA: MAS peroleh sepakan sudut pada minit ke lima perlawanan. Perebutan bola di depan gawang Lezas diperoleh pemain muda MAS dengan jarak yang dekat merembat masuk ke dalam gawang Lezas yang dijaga Firdaus Zainol.

PERBAIKI: setiap pemain Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dengan man-to-man marking dalam situasi ini. Last Man / captain Lezas Imtiaz perlu bebas dari mengawal pemain MAS dan beliau bertanggungjawab untuk clear bola dari kawasan kotak penalti Lezas.  Dua pertahanan kanan dan kiri perlu bantu penjaga gol lezas menjaga gol di setiap kanan dan kiri gawang.

GOL KEDUA: Skuad muda MAS peroleh pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama apabila pertahanan kanan Lezas Kamal tidak terus mengekang pemain muda MAS gelecek bola dan menjaringkan gol.

PERBAIKI: Dalam situasi ini Kamal perlu mengekang terus pemain MAS dari melakukan cubaan ke arah gol kerana itu tugas pertahanan.

GOL KETIGA: Midfield/captain MAS bijak hantar bola ke wing kanan mereka yang laju melepasi pertahanan kiri Lezas, Sabri. Captain Lezas Imtiaz dan stopper Bahdin menyangka bola offside dan lambat untuk menyekat bola hantaran jauh wing MAS ke striker MAS.

PERBAIKI: Dalam keadaan Imtiaz sedang protes pengadil, Bahdin dan Kamal perlu cepat turun bertahan dari pada bola dapat dihantar kepada pemain MAS yang lain. Main ikut wisel, jika wisel offside tidak berbunyi maka game tetap on.

GOL KEEMPAT: Diperoleh hasil dari sepakan sudut apabila Bahdin mengasari pemain MAS dalam situasi bola 50-50, kerana terlambat mendapatkan bola, pemain MAS yang Bahdin dapat. Captain MAS bijak menghantar bola ke far post mencari rakan sepasukan. Striker MAS yang tidak dikawal dengan mudah menanduk bola masuk ke gawang apabila hanya berdepan penjaga gol Lezas Firdaus Zainol.

PERBAIKI:
1. Bahdin perlu turun dengan lebih bawah dengan cepat bertahan mengekang pemain MAS masuk ke kawasan kotak penalti dari terus mendapatkan bola kerana pemain MAS laju.
2. Dari sepakan sudut, setiap pertahanan Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dan dalam situasi ini Syahrul terlepas dari kawalan ketat ke striker MAS yang berjaya tanduk ke gawang Lezas.

GOL KELIMA: Penjaga gol Lezas Firdaus terus menghantar bola kepada Azhari yang masuk menggantikan Kamal di pertahanan kanan. Kemudian Azhari cuba mencari rakan sepasukan untuk dihantar bola tapi tidak berjaya kerana tiada rakan yang datang untuk support. Dua ke tiga pemain MAS masuk untuk merampas bola dari Azhari dan berjaya kemudian bola berjaya dihantar kepada striker MAS. Captain Imtiaz hanya berjaya sentuh sikit bola tetapi bola tetap berjaya diperoleh striker MAS dan berjaya menjaringkan gol apabila bola itu reflect terkena dari Amir yang juga cuba untuk menghalang rembatan striker MAS.

PERBAIKI: Ketinggalan 0-4 dan pemain lain perlu cepat untuk support each other kerana pemain bola Lezas bermain di Liga Selangor dan juga berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih muda yang bersemangat tinggi.

IMG_4377.JPG
Manager Ladun sedang membincangkan sesuatu kepada anak-anak buahnya dibantu penjaga gol Lezas yang cedera Irsyat.  (lakonan semata)
IMG_4362 (1).JPG
Manager Ladun sedang maklumkan kesebelasan pertama di separuh masa pertama

KELEMAHAN PASUKAN
1. Kerap kehilangan bola
2. Kurang kerap support each other
3. Pertahanan longgar
4. Finishing
5. Kurang persefahaman

LAIN2 CORETAN:
1. Pengorbanan pengurus pasukan Ladun sepatutnya dipuji kerana berkorban untuk memberi laluan kepada rakan yang lain hadir untuk bermain dan situasi bini beliau sedang sarat menunggu waktu untuk bersalin. Mari kita sama doakan semoga isteri beliau melahirkan anak dengan sihat dan walifat dan semoga urusan beliau dan isteri dipermudahkan. Ameen
2. Gandingan stiker Lezas Syahrul dan Shiro tidak menjadi di separuh masa pertama apabila berdepan pertahanan mantap MAS. Hanya satu cubaan dari Syahrul ke gawang MAS. Pertahanan MAS terpaksa bekerja kuat selepas Osman tukar posisi dari wing ke top striker apabila beberapa kali berjaya melepasi pertahanan MAS tapi beberapa cubaan beliau tidak berjaya menerjah gawang. Osman memang laju orangnya ibarat Elly Aboi Lezas.
3. Yakub wing kiri Lezas menjerit marah hantarannya kepada Osman sia-sia apabila osman beberapa kali terperangkap offside kerana Osman lupa beliau bukan main futsal. hihi
4. Midfield Lezas Cikgu Yazid dan stiker Lezas Farhan beberapa kali berjaya merembat bola ke gawang MAS tetapi gagal menerjah jaring kerana bola lebih ke arah tepat ke penjaga gol. Farhan yang berjaya lari half marathon pace 5 memang dikagumi semua tapi rembatan semalam tidak ke mana atas faktor kesihatan beliau.
5. Perlawanan semalam bermula agak lewat kerana isu jersi sama warna. Pasukan tuan rumah MAS mengambil inisiatif mengambil jersi lain untuk di pakai pada petang semalam.

WhatsApp Image 2018-01-14 at 19.40.43 (1).jpeg
Manager Ladun prihatin dengan pemain Midfield Lezas yang cedera Mat Nafi dalam perlawanan semalam. Agak-agak Arsenal bole menang x lawan Bournemouth malam ni?

PSST: Ini coretan dan pendapat penulis sendiri dan berada di tempat kejadian. Tidak semestinya semua betul. Mohon maaf atas kesilapan kekurangan yang ada. Sama kita renungkan dan perbaiki di masa akan datang. Bak kata captain Imtiaz, “Kita main bola sama-sama, kita kalah sama-sama menang sama-sama tapi ada ke menang?” krik3

Baki dua perlawanan LEZAS di dalam Liga Selangor Divisyen 1 kumpulan F dengan pendahulu Liga Armada Youngstarz dan MRT-Corp.

 

LIGA SELANGOR: Lezas tewas lagi di tangan Puchong Rovers

WhatsApp Image 2018-01-07 at 19.59.58.jpeg

AHAD 07012018 SEPANG – Jodoh skuad bola sepak Lezas dengan team Puchong Rovers di dalam saingan Liga Selangor kuat apaila dijadualkan bertemu dalam saingan Liga Selangor Divisyen 1 musim 2017/2018.

PERLAWANAN KEDUA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
PUCHONG ROVERS 2-0 LEZAS FC
8PM 7/01/2018
STADIUM SEPANG

Dalam rekod terdahulu,

musim 2013: LEZAS 1-5 Puchong Rovers @bukit lanchong
musim 2014: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @puchong

dan dalam perlawanan semalam

musim 2017: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @stadium sepang

Skuad Lezas yang dipimpin Syahrul Syah se akan mendapat seri dalam perlawanan semalam tetapi gawang Lezas yang dijaga Irsyat Zamani akhirnya bocor di minit-minit akhir perlawanan pabila skuad team Lezas seakan tiada stamina untuk melawan pasukan Puchong Rovers yang dibarisi pemain India yang sedia maklum punya stamina yang tinggi.

WhatsApp Image 2018-01-12 at 15.39.39.jpeg

 

LIGA SELANGOR: LEZAS FC tewas di tangan KC-Tigers Rovers

Skuad bola sepak Lezas FC tewas dalam perlawanan pertama Liga Selangor Division 1 musim 2018 dengan keputusan

PERLAWANAN PERTAMA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
LEZAS 1-3 KC TIGERS ROVERS
AHAD 10 SEPTEMBER 2017
jaringan lezas fc: Ustaz Yazid (penalti)
PADANG RAWANG

 

WhatsApp Image 2017-12-09 at 17.34.28.jpegWhatsApp Image 2018-01-12 at 15.39.37

WhatsApp Image 2017-12-09 at 16.48.33.jpeg

WhatsApp Image 2017-12-09 at 17.34.13
bab bergambar memang no 1.. hihi
WhatsApp Image 2017-12-09 at 14.18.59
rombong Lezas FC gambar sebelum perlawanan

FRIENDLY: Lezas FC jinakkan KPDNKK Selangor

poster lezas friendly match.jpg

PERLAWANAN PERSAHABATAN
LEZAS FC 8-4 KPDNKK SELANGOR
5PM RABU 03 MEI 2017 | 6 SYAABAN 1438H
PADANG SEKSYEN 14 SHAH ALAM

1 gol ladun assist syahrul
2 yakub assist yazid

1 bolos keeper din

2nd half
3 bahdin assist yazid
4 ashahrin assist keeper lwn
5 ashahrin assist syahrul
6 ashahrin assist syahrul

1 bolos walid

3rd half
7 kupak assist ladun
8 adie assist ashahrin

2 bolos syahrul

IMG_7226IMG_7223

IMG_7257.JPG

Geng Lezas 2017 mencandat sotong di Pulau Kapas

Geng Lezas 2017 mencandat sotong di Pulau Kapas
15-16 Mei 2017
Pulau kapas, kuala terengganu

WhatsApp Image 2017-04-17 at 09.20.00 (1)

MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMAD ZAINAL PENASIHAT
MOHD FARIZ BIN ABDUL RAZAK TIM. PENASIHAT
MUHAMMAD AFIF BIN YUSOFF PENGARAH
MUHAMMAD HELMI BIN HJ DAMANHURI SETIAUSAHA
MOHAMMAD NOOR NASHRIQ BIN ABU BAKAR BENDAHARI

AJK KESELAMATAN
—————-
ZAMRI BIN MOHD ARSHAD (C)
AMIR MURSALIM BIN AZIZ
IRSYAT ZAMANI BIN AZIZ
USAMAH BIN MOHD TAMYES

AJK PENYEDIAAN MAKANAN
—————-
MUHAMAD NOR BIN KADIR (C)
MOHD NAZRI BIN HARON
MUHAMAD RIDDUAN BIN MOKNI
MUHAMMAD SYAHZANI BIN HALIDIN
MOHD ASRI BIN SHAHUDIN

AJK PENGAGIHAN HASIL
—————-
FADZLI BIN MOHD MUJI (C)
ABD AZIZ BIN KASIM
AHMAD KHAIRUL NGAZAM BIN MOHD SAIBANI
MOHAMMAD NOOR AFIQ BIN MOHAMAD ISNAN
ROSLAN BIN AYOB
UMAR FAROUQ BIN SHAMSUDIN

JURI PERTANDINGAN
—————-
MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMAD ZAINAL (C)
MOHD FARIZ BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD AFIF BIN YUSOFF
MOHAMMAD NOOR NASHRIQ BIN ABU BAKAR

WhatsApp Image 2017-04-17 at 09.19.56

🏅🏅KATEGORI HADIAH: 🏅🏅
—————–
1. SOTONG PALING AWAL DINAIKKAN 🏆 – umar pt gombak
2. SOTONG PALING BANYAK 🏆 – adik ust farid
3 … PEserta muntah yang pertama… 🏆 – ust farid
4 ….. peserta konsisten muntah sepanjang perjalanan mencandat – abg mat
5. … *peserta yang konsisten memancing … 🏆 – pakcik tua umur 70++

Satu lg hadiah pada peserta yg ada komitmen dlm urusan perjalanan prgm -abg zamri

Pengalaman
1.Menyeronokkan
2.dpt melihat keindahan alam
3.pengalaman sebahagian peserta mabuk dlm feri yg berombak
4.merasai kesusahan nelayan dlm mencari sesuap nasi utk menyara keluarga dgn berhadapan ombak dan laut yg luas
5.merasai makanan negeri terengganu yg sedap #ikan baung madak tempoyak

#tahunmelawatterengganu