Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2011

M. Saad puji komitmen besar LZS F.COleh Khairul Anuar Abdul Samad

2011/04/11
JURULATIH LZS F.C, M Saad, menyifatkan kemenangan mengatasi S23 United FC, 4-3, di Stadium Mini Shah Alam, malam tadi sebagai kejayaan luar biasa bagi LZS F.C.

Beliau menganggap kemenangan itu adalah komitmen besar pemain selepas tewas kepada JKR Shah Alam minggu lalu dengan keputusan 2-1, beliau yang ingin menaikan kembali semangat anak-anak buah LZS F.C menguasai permainan selepas ketinggalan 3-0 pada babak pertama dan awal minit masa kedua.

M. Saad tidak menafikan pasukan lawan memberi saingan yang hebat sehingga mampu membolosi gawang LZS F.C seawal minit ke -3 permainan, namun LZS F.C berjaya menunjukkan permainan taktikal yang mantap sehingga mampu menguasai semula permainan walaupun ketinggalan 3 gol.

Kesilapan awal akibat kelalaian dan ketidaserasian barisan pertahanan tengah yang baru digandingkan antara Daus dan Khairul membolehkan pasukan lawan mudah menembusi benteng yang kurang dikawal. 2 gol awal adalah dari kesilapan perangkap ‘off side’ barisan pertahanan.

Walaupun LZS F.C malam tadi tidak menurunkan pemain pertahanan senior seperti Ajax, namun beberapa muka baru seperti Zakaria dan Firdaus mampu memberi komitmen tinggi sambil dibantu pemain tengah senior Topek dengan berjaya menyeimbangkan semula permainan selepas separuh masa kedua bermula.

LZS F.C yang telah melakukan pertukaran pemain iaitu dengan memasukkan Azhan selaku ‘last man’ bergandingan dengan Daus telah menunjukkan kemantapan pada bahagian pertahanan yang menyaksikan banyak lorongan ke bahagian serangan berjaya diatur daripada situ sehingga membuahkan jaringan penyamaan 3-3. Dua daripada jaringan awal diperolehi daripada sepakan penalti apabila penyerang muda Walid dijatukan didalam kotak penalti ketika cuba melarikan bola ke arah pintu gol lawan. Sepakan itu disempurnakan oleh Azhan pada minit ke 67 permainan. Gol kedua juga adalah hasil sepakan penalti yang diperolehi apabila sayap kiri Syahrul dibentes keras dipenjuru kiri kotak penalti. Sekali lagi Azhan menyempurnakan sepakan itu dengan mudah menewaskan penjaga gol pasukan lawan.

Dengan kedudukan 2 gol yang diperolehi LZS F.C terus bersemangat untuk mencari gol penyamaan sekurang-kurangnya dan pasukan lawan dilihat semakin hilang punca apabila percaturan pemain tengah Topek dan Fazdli yang menggantikan Awe membuka ruang untuk pemain sayap bergerak laju ke atas. Minit ke 83 Walid berjaya menanduk masuk bola hantaran silang sayap kanan Syafiq dan terus menerjah penjuru kiri pintu gol. Gol penyamaan tersebut terus membangkitkan semangat pemain dan pertukaran terakhir jurulatih M Saad memasukkan ‘super sub’ AJ aka Hafizul ternyata membuahkan hasil apabila pertukaran dibuat menggantikan beliau dengan Pie yang cedera bersama Hafiz yang menggantikan Syafiq yang juga mengalami kecederaan lutut serta pemain senior Helmi menggantikan Topek berjaya menghadiahkan gol kemenangan pada malam tadi dan menambahkan keceriaan buat kem LZS F.C.

Perlawanan malam tadi juga disaksikan oleh Pengurus Sukan LZS En Zahar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Tn Haji Izam yan telah memberikan suntikan moral kepada pemain sepanjang perlawanan persahabatan dilangsungkan. Kemenangan ini telah menunjukkan semangat para pemain untuk bersaing di kejohanan Sukan MAIS dan Berkat CUP di Melaka menjadi impian untuk bergelar Juara.

Advertisements

Read Full Post »

Salam semua sahabat LZS yang dihormati.

Sabtu 9 April 2011: Sunway Pyramid. Telah berlangsung perlawanan acara pembukaan Karnival Sukan MAIS dan anak syarikat dengan acara boling yang telah berjaya menghimpunkan kakitangan MAIS, KUIS, KMC dan LZS dalam acara sukan tahunan ini. Seramai lebih kurang 30 orang pemain lelaki dan wanita boling handalan dari ke-empat-empat ejensi ini telah berentap untuk emas pertama pasukan masing-masing.

Apapun semua pemain nampak bersemangat dan kerjasama pasukan dapat dilihat dari segi percaturan dan startegi permainan. Syabas buat yang menang dan tahniah buat yang kurang berjaya. Objektif sukan ialah supaya hubungan silatulrahim semua bertambah erat. Tegur-menegurlah antara semua semasa sukan dilangsungkan. (pesanan penaja)

Sedikit gambar kenangan untuk tatapan dan simpanan. Gambar diambil menggunakan D90 dengan lens 50mm oleh zakuan awe


“Terima kasih semuaaa…., jumpa lagi 16 April, Sabtu ni di KUIS” promoter sukan.

Read Full Post »