Pasukan Ayam Belanda F.C

Fakta pasukan: -Pasukan berasal dari Hulu Selangor -Kapten ialah En Syahril Ritin -Mempunyai kelebihan bermain jika cuaca hujan -Pasukan sorak terkuat LZS adalah berasal dari sini -Makan durian sebelum bermain adalah salah satu strategi pasukan Sekian laporan dai Hulu Selangor Continue reading Pasukan Ayam Belanda F.C

Kenali Pasukan GrassHopper F.C

Salam, Mohon laluan perkenalan diri. Team kami diberi nama ‘Grasshopper FC’. Ditubuhkan hasil gabungan staf JPPH + PTUK + BAD. Kami ini biasa biasa je.. baru cuba2 nak main bola. Target tak tinggi menggunung, harap piala JOHAN je…sekian 😉 Kapten pasukan ini adalah En Hafizul (Pentadbiran) atau dikenali sebagai (A.J). Fakta pasukan: 1. Pasukan baru digabung 2. Pemain merbahaya ialah En Zack 3. Gol keeper yang mempunyai 3 cap bermain liga futsal 4. Mempunyai perembat ‘ala-ala’ sahfiq rahim. Sekian. Continue reading Kenali Pasukan GrassHopper F.C

Permanis Sumbang 500 tin Minuman Revive

Bangi. Syarikat pengeluar minuman sukan tersohor negara PERMANIS Sdn Bhd telah menyumbang kira-kira 500 tin air minuman isotonik REVIVE sempena kejohanan sukan futsal dan bola jaring LZS 2011. Sumbangan ini telah disampaikan oleh En Azaruddin selaku Pengurus Besar Sumber Manusia PERMANIS kepada wakil LZS. Sumbangan ini adalah salah satu sumbangan kebajikan organisasi berkenaan dan bagi menjalin kerjasama berterusan anatara PERMANIS dan LZS. Diharap dengan adanya sumbangan air isotonik ini dapat memberi sedikit tenaga yang telah banyak digunakan oleh pemain semasa hari kejohanan nanti. Sedikit fakta berkenaan air isotonik. Takut pulak ada yang tak nak minum. Beberapa fakta yang anda perlu … Continue reading Permanis Sumbang 500 tin Minuman Revive

Tema pasukan tahun ini….(ANIMAL)

Assalamualaikum. Salam sukan semua. Tahun ini AJK telah memutuskan bahawa nama-nama pasukan futsal atau bola jaring hendaklah menggunakan nama ANIMAL ataupun gelaran kepada ANIMAL. Setiap pasukan juga hendaklah memaparkan atau meletakkan gambar pasukan semasa hari kejohanan seperti poster, bendera, banner atau sepanduk bagi menaikkan lagi keriangan kejohanan pada tahun ini. Pihak AJK akan menampalkan sepanduk ini di gelanggang kejohanan pada hari sukan nanti. Antara contoh-contoj nama pasukan yang boleh digunakan sperti di bawah: Jerung (hulu langat) Lari bawak piala (macam tahun ni x yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran)..haa…haaa…bakar2..bakar Geng kuda hitam dari klang Geng lady birds (bola jaring … Continue reading Tema pasukan tahun ini….(ANIMAL)

Gelanggang dan Kasut Kejohanan

Salam, macam tahun lepas di sini dimaklumkan jenis gelanggang kejohanan tahun ini agak berbeza dari tahun lepas. Gelanggang di Real Arena, Klang ialah jenis gelanggang ‘turf plain’ atau dengan kata lain bergetah atau nampak macam cat je. Gelanggang seperti ini adalah lebih bagus berbanding gelanggang yang macam karpet dulu tu. Tengok gambar di bawah untuk contoh atau korang boleh try ke gelanggang futsal terdekat kat seksyen 16 Shah Alam atau ke Klang terus. Lihat contoh di bawah. Bagi kasut pula adalah diingatkan kepada semua pemain-pemain supaya memakai kasut yang bertapak rata. Tidak kira samada pemain futsal atau pemain bola jaring. … Continue reading Gelanggang dan Kasut Kejohanan

Bila Jagoan Berkokok…..

Berita dan nota menggerunkan ini ditulis oleh : En Halim Bakar (wakil wartawan kami di zon Hulu Langat) Jerung Lebih Bersedia Hulu Langat: Walaupun kejohanan Futsal Tertutup LZS, Piala Pengerusi LZS pada 26 Oktober 2011 tinggal 2 minggu lagi, skuad Jerung kelihatan lebih bersedia kali ini.Bermula daripada peringkat pengurusan atasan yang dibarisi muka baru seperti Shaiful Riza Zakaria selaku Pengurus Pasukan dan Ridzuan selaku Penolong Pengurus bahagian kewangan. Program latihan Skuad Jerung dilihat lebih tersusun disamping memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk membayar gaji dan bonus kepada semua pemain yang berjumlah 16 orang. Malah, skuad jerung telah menjalani latihan insentif … Continue reading Bila Jagoan Berkokok…..