Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Sembang Bola’ Category

Advertisements

Read Full Post »

Read Full Post »

agihan belanda v1.jpg

Shiro sekali menjadi juara Futsal Lezas dan kali ini mewakili team Belanda yang terdiri dari staf2 dari pejabat Agihan. Tahniah diucapkan kepada team Agihan Belanda menjadi Juara Futsal World Cup Lezas 2018 dan juga tahniah kepada semua team-team yang menjayakan kejohanan futsal pada kali ini.

odhl england.jpg

NAIB JOHAN FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: ODHL ENGLAND

campuran malaysia.jpg

KETIGA FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: CAMPURAN MALAYSIA

hulu sel france.jpg

KEEMPAT FUTSAL WORLD CUP LEZAS 2018: HULU SEL FRANCE

Keputusan kedudukan akhir Futsal World Cup Lezas 2018
1. Belanda 🇳🇱 Agihan HQ
2. England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 ODHL
3. Malaysia 🇲🇾 Collect Team
4. France 🇫🇷 Hulu Sel Gombak
5. Brazil 🇧🇷 Klang, Sepang, KL
6. German 🇩🇪 Petaling
7. Sweden 🇸🇪 Kutipan
8. Jepun 🇭🇷 Hartanah

schedule futsal lezas 2018.JPG

Jadual perlawanan peringkat kumpulan Futsal World Cup Lezas 2018

GROUP A.JPG

Keputusan dan mata kumpulan A Futsal World Cup LEZAS 2018

GROUP B

Keputusan dan mata kumpulan B Futsal World Cup LEZAS 2018

next round.JPG

Jadual dan kuputusan peringkat separuh akhir Futsal World Cup LEZAS 2018

WhatsApp Image 2018-08-18 at 18.17.44.jpeg

Team Klang + Sepang + HQ = This is Brazil

IMG_9572.JPG

Team Petaling Germany

IMG_9473.JPG

Team Petaling Germany

IMG_9478.JPG

Team Kutipan Sweden

IMG_9479.JPG

Team Kutipan Sweden

IMG_9475

Team Hartanah Jepun

IMG_9480.JPG

Perlawanan peringkat kumpulan A: Germany 3-0 Jepun

IMG_9493

Perlawanan Peringkat Kumpulan A: England 2-1 Germany

IMG_9482.JPG

Perlawanan peringkat kumpulan B: France 1-0 Malaysia

IMG_9505.JPG

Perlawanan Peringkat Kumpulan B: France 4-1 Sweden

img_9498.jpg

Perlawanan Peringkat Kumpulan B: Malaysia 3-1 Brazil

IMG_9490.JPG

Perlawanan peringkat Kumpulan B: Brazil 2-1 France

IMG_9487

Perlawanan Peringkat Kumpulan B: Malaysia 3-0 Sweden

IMG_9511.JPG

Separuh Akhir Pertama: England 3-0 France

img_9515.jpg

Separuh Akhir kedua: Belanda 1-0 Malaysia

IMG_9532.JPG

Penentuan Tempat Ketiga: Malaysia 3-2 France

IMG_9544.JPG

Perlawanan Akhir: Belanda 4-1 England

next round v2.JPG

Jadual dan kuputusan peringkat separuh akhir Futsal World Cup LEZAS 2018

IMG_9568

Read Full Post »

JUARA JUARA FUTSAL LEZAS

2018: AGIHAN BELANDA (tema world cup)
2017: AGIHAN HQ (tema inter department)
2016: IRONMAN (tema hero-hero Lezas)
2016: PKNS FC (tema piala town hall)
2016: SPURS LEZAS  (tema europa Lezas)
2015: BANGA LA DESH (tema pati2 di Malaysia)

PEMAIN JUARA2

4 kali – shiro
3 kali – yakub, ladun
2 kali – usamah, syahrul, zack, bahdin, khairi, ayie, nasir
1 kali – ramai hahaha

agihan belanda v1

PIALA WORLD CUP LEZAS 2018: AGIHAN BELANDA

WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.39.41 (1).jpeg

PIALA KEZAS 2017: AGIHAN HQ (inter department)

futsal piala townhall.jpg

PIALA TOWN HALL 2016: PKNS FC

WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.40.13 (1)

PIALA EUROPA LEZAS: SPURS MALAYSIA

ironman 2016 s

HERO-HERO LEZAS 2016: IRONMAN

WhatsApp Image 2018-01-12 at 17.39.51 (1).jpeg

PATI2 LEZAS 2015: BANGA LA DESH

Read Full Post »

KELANA JAYA 14 JAN – TEWAS… Pedih tapi ini hakikat yang terpaksa diterima apabila skuad bola sepak Lezas kalah 0-5 di tangan pemain muda MAS dalam perlawanan ketiga Liga Selangor Divisyen 1 musim 2018.

PERLAWANAN KETIGA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
MAS 5-0 LEZAS FC
5PM 14/01/2018
SMK KELANA JAYA

IMG_4358

IMG_4376.JPG

Pasukan Muda MAS

IMG_4373

 

GOL PERTAMA: MAS peroleh sepakan sudut pada minit ke lima perlawanan. Perebutan bola di depan gawang Lezas diperoleh pemain muda MAS dengan jarak yang dekat merembat masuk ke dalam gawang Lezas yang dijaga Firdaus Zainol.

PERBAIKI: setiap pemain Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dengan man-to-man marking dalam situasi ini. Last Man / captain Lezas Imtiaz perlu bebas dari mengawal pemain MAS dan beliau bertanggungjawab untuk clear bola dari kawasan kotak penalti Lezas.  Dua pertahanan kanan dan kiri perlu bantu penjaga gol lezas menjaga gol di setiap kanan dan kiri gawang.

GOL KEDUA: Skuad muda MAS peroleh pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama apabila pertahanan kanan Lezas Kamal tidak terus mengekang pemain muda MAS gelecek bola dan menjaringkan gol.

PERBAIKI: Dalam situasi ini Kamal perlu mengekang terus pemain MAS dari melakukan cubaan ke arah gol kerana itu tugas pertahanan.

GOL KETIGA: Midfield/captain MAS bijak hantar bola ke wing kanan mereka yang laju melepasi pertahanan kiri Lezas, Sabri. Captain Lezas Imtiaz dan stopper Bahdin menyangka bola offside dan lambat untuk menyekat bola hantaran jauh wing MAS ke striker MAS.

PERBAIKI: Dalam keadaan Imtiaz sedang protes pengadil, Bahdin dan Kamal perlu cepat turun bertahan dari pada bola dapat dihantar kepada pemain MAS yang lain. Main ikut wisel, jika wisel offside tidak berbunyi maka game tetap on.

GOL KEEMPAT: Diperoleh hasil dari sepakan sudut apabila Bahdin mengasari pemain MAS dalam situasi bola 50-50, kerana terlambat mendapatkan bola, pemain MAS yang Bahdin dapat. Captain MAS bijak menghantar bola ke far post mencari rakan sepasukan. Striker MAS yang tidak dikawal dengan mudah menanduk bola masuk ke gawang apabila hanya berdepan penjaga gol Lezas Firdaus Zainol.

PERBAIKI:
1. Bahdin perlu turun dengan lebih bawah dengan cepat bertahan mengekang pemain MAS masuk ke kawasan kotak penalti dari terus mendapatkan bola kerana pemain MAS laju.
2. Dari sepakan sudut, setiap pertahanan Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dan dalam situasi ini Syahrul terlepas dari kawalan ketat ke striker MAS yang berjaya tanduk ke gawang Lezas.

GOL KELIMA: Penjaga gol Lezas Firdaus terus menghantar bola kepada Azhari yang masuk menggantikan Kamal di pertahanan kanan. Kemudian Azhari cuba mencari rakan sepasukan untuk dihantar bola tapi tidak berjaya kerana tiada rakan yang datang untuk support. Dua ke tiga pemain MAS masuk untuk merampas bola dari Azhari dan berjaya kemudian bola berjaya dihantar kepada striker MAS. Captain Imtiaz hanya berjaya sentuh sikit bola tetapi bola tetap berjaya diperoleh striker MAS dan berjaya menjaringkan gol apabila bola itu reflect terkena dari Amir yang juga cuba untuk menghalang rembatan striker MAS.

PERBAIKI: Ketinggalan 0-4 dan pemain lain perlu cepat untuk support each other kerana pemain bola Lezas bermain di Liga Selangor dan juga berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih muda yang bersemangat tinggi.

IMG_4377.JPG

Manager Ladun sedang membincangkan sesuatu kepada anak-anak buahnya dibantu penjaga gol Lezas yang cedera Irsyat.  (lakonan semata)

IMG_4362 (1).JPG

Manager Ladun sedang maklumkan kesebelasan pertama di separuh masa pertama

KELEMAHAN PASUKAN
1. Kerap kehilangan bola
2. Kurang kerap support each other
3. Pertahanan longgar
4. Finishing
5. Kurang persefahaman

LAIN2 CORETAN:
1. Pengorbanan pengurus pasukan Ladun sepatutnya dipuji kerana berkorban untuk memberi laluan kepada rakan yang lain hadir untuk bermain dan situasi bini beliau sedang sarat menunggu waktu untuk bersalin. Mari kita sama doakan semoga isteri beliau melahirkan anak dengan sihat dan walifat dan semoga urusan beliau dan isteri dipermudahkan. Ameen
2. Gandingan stiker Lezas Syahrul dan Shiro tidak menjadi di separuh masa pertama apabila berdepan pertahanan mantap MAS. Hanya satu cubaan dari Syahrul ke gawang MAS. Pertahanan MAS terpaksa bekerja kuat selepas Osman tukar posisi dari wing ke top striker apabila beberapa kali berjaya melepasi pertahanan MAS tapi beberapa cubaan beliau tidak berjaya menerjah gawang. Osman memang laju orangnya ibarat Elly Aboi Lezas.
3. Yakub wing kiri Lezas menjerit marah hantarannya kepada Osman sia-sia apabila osman beberapa kali terperangkap offside kerana Osman lupa beliau bukan main futsal. hihi
4. Midfield Lezas Cikgu Yazid dan stiker Lezas Farhan beberapa kali berjaya merembat bola ke gawang MAS tetapi gagal menerjah jaring kerana bola lebih ke arah tepat ke penjaga gol. Farhan yang berjaya lari half marathon pace 5 memang dikagumi semua tapi rembatan semalam tidak ke mana atas faktor kesihatan beliau.
5. Perlawanan semalam bermula agak lewat kerana isu jersi sama warna. Pasukan tuan rumah MAS mengambil inisiatif mengambil jersi lain untuk di pakai pada petang semalam.

WhatsApp Image 2018-01-14 at 19.40.43 (1).jpeg

Manager Ladun prihatin dengan pemain Midfield Lezas yang cedera Mat Nafi dalam perlawanan semalam. Agak-agak Arsenal bole menang x lawan Bournemouth malam ni?

PSST: Ini coretan dan pendapat penulis sendiri dan berada di tempat kejadian. Tidak semestinya semua betul. Mohon maaf atas kesilapan kekurangan yang ada. Sama kita renungkan dan perbaiki di masa akan datang. Bak kata captain Imtiaz, “Kita main bola sama-sama, kita kalah sama-sama menang sama-sama tapi ada ke menang?” krik3

Baki dua perlawanan LEZAS di dalam Liga Selangor Divisyen 1 kumpulan F dengan pendahulu Liga Armada Youngstarz dan MRT-Corp.

 

Read Full Post »

WhatsApp Image 2018-01-07 at 19.59.58.jpeg

AHAD 07012018 SEPANG – Jodoh skuad bola sepak Lezas dengan team Puchong Rovers di dalam saingan Liga Selangor kuat apaila dijadualkan bertemu dalam saingan Liga Selangor Divisyen 1 musim 2017/2018.

PERLAWANAN KEDUA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
PUCHONG ROVERS 2-0 LEZAS FC
8PM 7/01/2018
STADIUM SEPANG

Dalam rekod terdahulu,

musim 2013: LEZAS 1-5 Puchong Rovers @bukit lanchong
musim 2014: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @puchong

dan dalam perlawanan semalam

musim 2017: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @stadium sepang

Skuad Lezas yang dipimpin Syahrul Syah se akan mendapat seri dalam perlawanan semalam tetapi gawang Lezas yang dijaga Irsyat Zamani akhirnya bocor di minit-minit akhir perlawanan pabila skuad team Lezas seakan tiada stamina untuk melawan pasukan Puchong Rovers yang dibarisi pemain India yang sedia maklum punya stamina yang tinggi.

WhatsApp Image 2018-01-12 at 15.39.39.jpeg

 

Read Full Post »

Skuad bola sepak Lezas FC tewas dalam perlawanan pertama Liga Selangor Division 1 musim 2018 dengan keputusan

PERLAWANAN PERTAMA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
LEZAS 1-3 KC TIGERS ROVERS
AHAD 10 SEPTEMBER 2017
jaringan lezas fc: Ustaz Yazid (penalti)
PADANG RAWANG

 

WhatsApp Image 2017-12-09 at 17.34.28.jpegWhatsApp Image 2018-01-12 at 15.39.37

WhatsApp Image 2017-12-09 at 16.48.33.jpeg

WhatsApp Image 2017-12-09 at 17.34.13

bab bergambar memang no 1.. hihi

WhatsApp Image 2017-12-09 at 14.18.59

rombong Lezas FC gambar sebelum perlawanan

Read Full Post »

Older Posts »