Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2018

KELANA JAYA 14 JAN – TEWAS… Pedih tapi ini hakikat yang terpaksa diterima apabila skuad bola sepak Lezas kalah 0-5 di tangan pemain muda MAS dalam perlawanan ketiga Liga Selangor Divisyen 1 musim 2018.

PERLAWANAN KETIGA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
MAS 5-0 LEZAS FC
5PM 14/01/2018
SMK KELANA JAYA

IMG_4358

IMG_4376.JPG

Pasukan Muda MAS

IMG_4373

 

GOL PERTAMA: MAS peroleh sepakan sudut pada minit ke lima perlawanan. Perebutan bola di depan gawang Lezas diperoleh pemain muda MAS dengan jarak yang dekat merembat masuk ke dalam gawang Lezas yang dijaga Firdaus Zainol.

PERBAIKI: setiap pemain Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dengan man-to-man marking dalam situasi ini. Last Man / captain Lezas Imtiaz perlu bebas dari mengawal pemain MAS dan beliau bertanggungjawab untuk clear bola dari kawasan kotak penalti Lezas.  Dua pertahanan kanan dan kiri perlu bantu penjaga gol lezas menjaga gol di setiap kanan dan kiri gawang.

GOL KEDUA: Skuad muda MAS peroleh pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama apabila pertahanan kanan Lezas Kamal tidak terus mengekang pemain muda MAS gelecek bola dan menjaringkan gol.

PERBAIKI: Dalam situasi ini Kamal perlu mengekang terus pemain MAS dari melakukan cubaan ke arah gol kerana itu tugas pertahanan.

GOL KETIGA: Midfield/captain MAS bijak hantar bola ke wing kanan mereka yang laju melepasi pertahanan kiri Lezas, Sabri. Captain Lezas Imtiaz dan stopper Bahdin menyangka bola offside dan lambat untuk menyekat bola hantaran jauh wing MAS ke striker MAS.

PERBAIKI: Dalam keadaan Imtiaz sedang protes pengadil, Bahdin dan Kamal perlu cepat turun bertahan dari pada bola dapat dihantar kepada pemain MAS yang lain. Main ikut wisel, jika wisel offside tidak berbunyi maka game tetap on.

GOL KEEMPAT: Diperoleh hasil dari sepakan sudut apabila Bahdin mengasari pemain MAS dalam situasi bola 50-50, kerana terlambat mendapatkan bola, pemain MAS yang Bahdin dapat. Captain MAS bijak menghantar bola ke far post mencari rakan sepasukan. Striker MAS yang tidak dikawal dengan mudah menanduk bola masuk ke gawang apabila hanya berdepan penjaga gol Lezas Firdaus Zainol.

PERBAIKI:
1. Bahdin perlu turun dengan lebih bawah dengan cepat bertahan mengekang pemain MAS masuk ke kawasan kotak penalti dari terus mendapatkan bola kerana pemain MAS laju.
2. Dari sepakan sudut, setiap pertahanan Lezas perlu mengawal ketat setiap pemain MAS dan dalam situasi ini Syahrul terlepas dari kawalan ketat ke striker MAS yang berjaya tanduk ke gawang Lezas.

GOL KELIMA: Penjaga gol Lezas Firdaus terus menghantar bola kepada Azhari yang masuk menggantikan Kamal di pertahanan kanan. Kemudian Azhari cuba mencari rakan sepasukan untuk dihantar bola tapi tidak berjaya kerana tiada rakan yang datang untuk support. Dua ke tiga pemain MAS masuk untuk merampas bola dari Azhari dan berjaya kemudian bola berjaya dihantar kepada striker MAS. Captain Imtiaz hanya berjaya sentuh sikit bola tetapi bola tetap berjaya diperoleh striker MAS dan berjaya menjaringkan gol apabila bola itu reflect terkena dari Amir yang juga cuba untuk menghalang rembatan striker MAS.

PERBAIKI: Ketinggalan 0-4 dan pemain lain perlu cepat untuk support each other kerana pemain bola Lezas bermain di Liga Selangor dan juga berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih muda yang bersemangat tinggi.

IMG_4377.JPG

Manager Ladun sedang membincangkan sesuatu kepada anak-anak buahnya dibantu penjaga gol Lezas yang cedera Irsyat.  (lakonan semata)

IMG_4362 (1).JPG

Manager Ladun sedang maklumkan kesebelasan pertama di separuh masa pertama

KELEMAHAN PASUKAN
1. Kerap kehilangan bola
2. Kurang kerap support each other
3. Pertahanan longgar
4. Finishing
5. Kurang persefahaman

LAIN2 CORETAN:
1. Pengorbanan pengurus pasukan Ladun sepatutnya dipuji kerana berkorban untuk memberi laluan kepada rakan yang lain hadir untuk bermain dan situasi bini beliau sedang sarat menunggu waktu untuk bersalin. Mari kita sama doakan semoga isteri beliau melahirkan anak dengan sihat dan walifat dan semoga urusan beliau dan isteri dipermudahkan. Ameen
2. Gandingan stiker Lezas Syahrul dan Shiro tidak menjadi di separuh masa pertama apabila berdepan pertahanan mantap MAS. Hanya satu cubaan dari Syahrul ke gawang MAS. Pertahanan MAS terpaksa bekerja kuat selepas Osman tukar posisi dari wing ke top striker apabila beberapa kali berjaya melepasi pertahanan MAS tapi beberapa cubaan beliau tidak berjaya menerjah gawang. Osman memang laju orangnya ibarat Elly Aboi Lezas.
3. Yakub wing kiri Lezas menjerit marah hantarannya kepada Osman sia-sia apabila osman beberapa kali terperangkap offside kerana Osman lupa beliau bukan main futsal. hihi
4. Midfield Lezas Cikgu Yazid dan stiker Lezas Farhan beberapa kali berjaya merembat bola ke gawang MAS tetapi gagal menerjah jaring kerana bola lebih ke arah tepat ke penjaga gol. Farhan yang berjaya lari half marathon pace 5 memang dikagumi semua tapi rembatan semalam tidak ke mana atas faktor kesihatan beliau.
5. Perlawanan semalam bermula agak lewat kerana isu jersi sama warna. Pasukan tuan rumah MAS mengambil inisiatif mengambil jersi lain untuk di pakai pada petang semalam.

WhatsApp Image 2018-01-14 at 19.40.43 (1).jpeg

Manager Ladun prihatin dengan pemain Midfield Lezas yang cedera Mat Nafi dalam perlawanan semalam. Agak-agak Arsenal bole menang x lawan Bournemouth malam ni?

PSST: Ini coretan dan pendapat penulis sendiri dan berada di tempat kejadian. Tidak semestinya semua betul. Mohon maaf atas kesilapan kekurangan yang ada. Sama kita renungkan dan perbaiki di masa akan datang. Bak kata captain Imtiaz, “Kita main bola sama-sama, kita kalah sama-sama menang sama-sama tapi ada ke menang?” krik3

Baki dua perlawanan LEZAS di dalam Liga Selangor Divisyen 1 kumpulan F dengan pendahulu Liga Armada Youngstarz dan MRT-Corp.

 

Advertisements

Read Full Post »

WhatsApp Image 2018-01-07 at 19.59.58.jpeg

AHAD 07012018 SEPANG – Jodoh skuad bola sepak Lezas dengan team Puchong Rovers di dalam saingan Liga Selangor kuat apaila dijadualkan bertemu dalam saingan Liga Selangor Divisyen 1 musim 2017/2018.

PERLAWANAN KEDUA LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
PUCHONG ROVERS 2-0 LEZAS FC
8PM 7/01/2018
STADIUM SEPANG

Dalam rekod terdahulu,

musim 2013: LEZAS 1-5 Puchong Rovers @bukit lanchong
musim 2014: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @puchong

dan dalam perlawanan semalam

musim 2017: LEZAS 0-2 Puchong Rovers @stadium sepang

Skuad Lezas yang dipimpin Syahrul Syah se akan mendapat seri dalam perlawanan semalam tetapi gawang Lezas yang dijaga Irsyat Zamani akhirnya bocor di minit-minit akhir perlawanan pabila skuad team Lezas seakan tiada stamina untuk melawan pasukan Puchong Rovers yang dibarisi pemain India yang sedia maklum punya stamina yang tinggi.

WhatsApp Image 2018-01-12 at 15.39.39.jpeg

 

Read Full Post »