Kursus Team Synergy, Gopeng Part 1

Salam kawan2 semua,

Dah lama aku tak menulis apa2 kat sini 🙂 Pada weekend lepas ni 18/19 Jun 2011, ada 2 program menarik yang dijalankan oleh kakitangan LZS. Pertama ada kursus Team Synergy di Gopeng dan aktiviti pendakian Gunung Angsi di Ulu Bendul. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam aktiviti outdoor seperti ini. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini korang akan lebih ‘kurus’ dan bersemangat untuk bekerja selepas ni,hehe.

Aku telah terpilih untuk mengikuti kursus di Gopeng manakala Zakuan (Awe) join Ulu Bendul trip. Nanti dia akan update pasal trip hiking Gunung Angsi tersebut. Aku akan share serba sedikit aktiviti di Gopeng. Kursus ni bermula pada 17 Jun 2011 dan berakhir pada 19 Jun 2011. Peserta terdiri daripada pegawai zakat di seluruh negeri Selangor. Ada 30 orang kesemuanya.

Masa kitorang sampai ni memang terkejut jugalah tengok tempat tidur. Tapi tu ok lagi. Sekali tengok tandas dia memang mencabar gila,haha. Siap ada gap lagi tu boleh nampak orang kat dalam. Korang layanlah gambar2 ni sikit. Aku hanya update hari pertama kitorang kat sana buat masa ni.

SEMUA gambar ni diambil menggunakan camera compact Canon Ixus 130 tanpa editing.

Memang pengalaman barulah bagi kebanyakkan kitorang. Dari pengalaman naik lori macam lembu (Mr Ji yang cakap) ramai2 sampailah aktiviti panjat tinggi2 tu. Mula2 nampak memang rasa takut dan gemuruh je. Tapi salah satu yang kitaorang belajar ialah untuk push diri kita untuk buat sesuatu yang sukar dan mencabar. Mungkin kita akan dapat hasil yang kita tak pernah bayangkan. Cuba keluar dari zon selesa dan berani mencuba untuk berubah. Kebanyakkan kitorang berjaya atasi rasa takut tersebut!! *clap2.

Kata Mr Ji, fasilitator kitaorang ; kalau rasa kita langkah lagi satu tu boleh buatkan kita mati barulah boleh surrender!!haha. Aktiviti memanjat tali, hiking dan leap of faith dilakukan sepanjang hari pertama ini. Personally, masa mula2 aku sampai rasa nak pengsanpun ada tengok tinggi gila tali tu kat atas pokok durian. Tapi aku berjaya buat semua cabaran dengan baik, yeeahh!!

Tahniah kepada semua berjaya mengharungi cabaran hari pertama. Tunggu entry untuk hari kedua yang lebih mencabar dan lagi best. Water RAfting!!!

Nota kaki : Insyaallah aku update dalam facebook aku semua gambar2 ni dan gambar lain. Team ni semua bolehlah add aku atau datang tempat aku kat tingkat 3, HQ untuk copy semua picture dari kamera cikai aku tu.

Wassalam

Regards,

Acaii Jawe.

3 thoughts on “Kursus Team Synergy, Gopeng Part 1

  1. huhu, tq cai, mmg pengalaman baru betol ..tak sangka aku bole buat semua tu..mmg tak sangka..cayalah

Leave a reply to hisamsu Cancel reply