FUTSAL: Futsal Piala TownHall 2016

FUTSAL PiALA TOWNHALL 2016 8 – 1 – 8 minit 3-5PM SABTU 15/10/2016 COURT 3 FUTSAL XTREME 13 SHAH ALAM 1. Langat FC (ayie) 2. HQ FC (don) 3. PKNS FC (walid) 4. BH FC (syed) Aktiviti Futsal Lezas diadakan selepas townhall di bangunan PKPS Shah Alam. Dibawah rekod perlawanan futsal sesama sendiri. Tahniah kepada coach Syed bawa pemain2 dari BaitulHasanah, didikan coach Syed berjaya mengucarkacirkan team dari HQ dan team Langat FC. hehe.. game 1st 1. Langat FC 6-10 HQ FC game 2nd 2. PKNS FC 4-0 BH FC game 3rd LANGAT FC 4-4 BH FC game 4th PKNS … Continue reading FUTSAL: Futsal Piala TownHall 2016

PAINTBALL: Sektor Dakwah & Pemasaran Memenangi Tempat Ke3 Kejohanan Tertutup Paintball MARA

Alhamdulillah pasukan Sektor Dakwah dan Pemasaran (SDP), Pejabat Kutipan yang mewakili LZS, telah memenangi tempat ke 3 dalam kejohanan Paintball Amal tertutup MARA pada hari Sabtu (11 Mei) di Malaysian Paintball Academy (MAPAAC), Petaling Jaya . Sebanyak 40 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri dari keseluruhan MARA dan anak syarikat MARA di Malaysia. SDP turut membuka kaunter zakat (Kaunter Bergerak) bagi mengambil peluang berdakwah kepada peserta. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti SDP bagi menyebarkan dakwah ZAKAT di kalangan generasi muda melalui pendekatan berbeza dikenali sebagai Zakat Sport. Terbaik dan Tahniah sekali lagi… – Noormala Continue reading PAINTBALL: Sektor Dakwah & Pemasaran Memenangi Tempat Ke3 Kejohanan Tertutup Paintball MARA

Gambar Raya LZS 2011 @ PLAS Part 1

Assalamualaikum kengkawan LZS. Sedikit gambar yang mana sempat di ‘snap’ tempohari. Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan majlis tahun ni. Terima kasih juga untuk semua AJK yang berkorban masa dan tenaga. Pesanan dari AJK= Segala kekurangan pihak penganjur menyusun sepuluh jari mohon maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Tahun depan giliran daerah mana pula. Kita tunggu pengumuman. Kepada yang ingin ‘copy’ gambar sila berhubung dengan saya atau zool di korporat. Free je..hee..hee. Kambing semalam memang terbaek. Marhaban..ya marhaban… Persiapan..awal..bakar.bakar. Urisetia yang setia menunggu tetamu.. Bilik rehat dan tanyangan cerita untuk family dan anak-anak…selesa. Keluarga sakinah … Continue reading Gambar Raya LZS 2011 @ PLAS Part 1

Kursus Team Synergy Part 2 (final)

Salam semua, Rasanya dah lewat 2 minggu aku nak update kitorang punya kursus aritu. Mohon maaf sebab aku tak berkesempatan nak buat entry ni 🙂 Kali ni aku nak update hari kedua dan ketiga kursus yang best tersebut. Hari kedua kitorang main air sehari termasuk Water Rafting!! Sampai tangan kecut. Hari ketiga kitorang main merentas desa plak. Pada awal pagi hari kedua, Mr Ji tanya kat kitorang semua sapa yang tak reti berenang. Mengejutkan!! Hampir semua budak zakat ni tak reti berenang,haha. Jadi ia menambahkan lagi rasa cuak kepada semua peserta. Sebab ada aktiviti yang perlukan kitorang berenang kat sungai … Continue reading Kursus Team Synergy Part 2 (final)

XPDC Ulu Bendul & Mendaki Gunung Angsi

Salam kawan-kawan. Hujung minggu lalu pasukan XPDC Ulu Bendul yang terdiri dari ahli KOLEZAS yang terdiri dari kalangan staf LZS telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi dan mencatat nama LZS di atas puncak yang berketinggian 2700 kaki. XPDC yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh seramai 28 orang kakitangan. XPDC 2 hari 1 malam ini telah banyak memberi pengalaman baru kepada kami dalam meningkatkan ‘potensi’ diri dan bagaimana hendak ‘memerah’ semangat yang ada dalam diri. Rata-rata peserta adalah mereka yang belum pernah mempunyai pengalaman mendaki setinggi ini. Termasuklah aku. Kalau diikutkan masa dan jarak pendakian mengikut psikologi tidak ramai … Continue reading XPDC Ulu Bendul & Mendaki Gunung Angsi

Kursus Team Synergy, Gopeng Part 1

Salam kawan2 semua, Dah lama aku tak menulis apa2 kat sini 🙂 Pada weekend lepas ni 18/19 Jun 2011, ada 2 program menarik yang dijalankan oleh kakitangan LZS. Pertama ada kursus Team Synergy di Gopeng dan aktiviti pendakian Gunung Angsi di Ulu Bendul. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam aktiviti outdoor seperti ini. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini korang akan lebih ‘kurus’ dan bersemangat untuk bekerja selepas ni,hehe. Aku telah terpilih untuk mengikuti kursus di Gopeng manakala Zakuan (Awe) join Ulu Bendul trip. Nanti dia akan update pasal trip hiking Gunung Angsi tersebut. Aku akan share serba sedikit aktiviti di … Continue reading Kursus Team Synergy, Gopeng Part 1

XPDC Ulu Bendul

Salam kepada semua peserta XPDC Ulu Bendul pada tarikkh 18 dan 19 Jun ini. Di Sini disertakan aktiviti sepanjang kita berada di sana beserta gambar-gambar yang diambil sekitar Ulu Bendul dan kawasan penginapan kita nanti. Kepada peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM25. Lihat dulu tentatif di bawah dan layan gambar-gambar. Nanti dah naik Gunung Angsi mudah-mudahan kita dapat ambil gambar yang lebih menyedarkan kita besarnya Allah S.W.T yang mencipta alam ini. Tentatif Sabtu 18 Jun 2011 8.30pg Berkumpul di ibupejabat LZS 9.00pg Bertolak ke Ulu Bendul, Negeri Sembilan (naik bas) 12.tgh Sampai/check in/makan tengahari/solat jamak zohor dan asar berjemaah 2.ptg … Continue reading XPDC Ulu Bendul

Sukan Persahabatan LZS dan Tabung Haji

Salam, dah lama benar betul blog ni tak di update. Bukan apa dah lama jugak aktiviti sukan, rekreasi dan riadah kat LZS tak di adakan secara besar-besar. Kalau ada pun aktiviti mengisi masa lapang je. Dan sejak bulan Jun yang lalu dah makin banyak dah aktiviti kat LZS ni macam ‘travel’ nyambil melawat tempat orang. Dah ada 2,3 trip dah menjejak kaki ke Jakarta/Bandung dan Komboja. Nanti citer2 dan gambar2 kat sana insyallah akan menyusul. Tanggal 16 dan 17 Julai lepas satu aktiviti sukan persahabatan telah berjaya di adakan di Kompleks TH Kelana Jaya yang melibatkan penyertaan kakitangan LZS dan … Continue reading Sukan Persahabatan LZS dan Tabung Haji

Terima Kasih

Assalamualaikum wr wbh semua warga kerja LZS yang dikasihi, Alhamdulillah.. kita telah selesai mengadakan program Hari Keluarga LZS 2010 pada 29-30/5/2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang berakhir semalam dalam suasana ceria bersama seisi keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Ucapan syabas dan terima kasih atas komitmen anda untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan. Diharap hari ini semua warga kerja LZS dapat bertugas dengan penuh semangat dan bermotivasi selepas menghadiri Hari Keluarga tersebut, harap-harap tak ada yang MC atau EL ekoran keletihan mandi kolam dan sebagainya. Ucapan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga … Continue reading Terima Kasih

Jemputan ke Hari Keluarga LZS 2010

Salam kepada semua warga kerja LZS yang dihormati dan diingati. Bermula hari ni dah ramai yang tak sabar nak ke ‘family day’ 2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson hujung minggu ni. Jangan ada yang terlupa pulok. Di sini pihak AJK ingin membuat pengumuman tentang beberapa hal penting untuk diingati bersama. Ambil prihatin semua. 1) Bawa dan pakai baju yang diberi. Mungkin ada antara kita dah pakai dah baju merah putih ‘CERIA BERSAMA’ tu. Baju tu jangan lupo bawak dan pakai siap-siap masa bertolak ke sana. Ibu-ibu, bapak-bapak, anak-anak semua leh pakai la ya. 2) Lekatkan stiker kereta yang dibekalkan. … Continue reading Jemputan ke Hari Keluarga LZS 2010

Family Day 2004

Family day 2004 ialah antara family yang terglamadalam sejarah family PZS dolu-dolu. Dan kesinambungan itu family day semakin di upgrade supaya setaraf dengan family day 2004 yang di adakan di De’ Rhu Beach Resort Pantai Balok, Kuantan Pahang. Dari situlah AJK banyak menimba ilmu selok belok meng-handle- supaya menjadi lebih baik dan lebih baik. Family Day 2004 telah melahirkan ramai supastar zakat yang berkebolehan dalam pelbagai bidang. Masa ni Arwah Pn Zarina antara pencari bakat staf2 PZS yang setaraf dengan mentor. Bekas staf En Azmi Mat Dom dan En Zaki Hushin antara supastar yang sentiasa dalam memori semua orang dan … Continue reading Family Day 2004

Memori Hari Keluarga Dolu-dolu Kala….Episod 1

Salam sahabat-sahabat LZS, sedikit nostalgia ‘family day’ PZS dulunya, sekarang dah nama baru LZS. Kami AJK ingin merungkai sedikit ‘rambo-rambai’ suasana ‘ceria bersama’ dulu kala. Masa ni ramai lagi anak dara kat LZS dan teruna pujaan yang muka ala-ala hero drama ‘adik manja’ awal tahun 90an. Masa ni fesyen rambut pun masih lagi ada gulung-gulung kat depan dan yang akak-akak senior pun masa ni masih lagi ada ‘shape’ kata orang tua-tua. Sedikit gambar retro family day tahun 1998 yang berjaya diadakan di Bayu Beach Resort Port Dickson. Moga adanya memori ini akan mengungkit kembali cerita cinta keceriaan antara kakitangan ‘senior’ … Continue reading Memori Hari Keluarga Dolu-dolu Kala….Episod 1

Family Day;Tiara Beach Resort

Salam kengkawan LZS dan diluar LZS. Lama betul dah admin blog ni (aku dan acaii) tak masukkan entry baru. Yang last pun lepas kita semua beriang-ria dengan sukan tahunan kita yang lalu. Macam-macam suka-duka sepanjang kejohanan tu berlangsung. Ada yang menang ada yang kalah. Ada yang sihat lepas sukan tu. Tak kurang jugak ada cedera sampai tahap bersimen. Itu menunjukkan kita staf LZS yang bersemangat dalam apa jua benda yang kita buat. Semua orang nak jadi yang terbaik di dalam ofis dan juga di rumah. Ini persaingan yang sihat. Ini satu yang positif. Tahniah untuk semua. Terbaik untuk diri sendiri. … Continue reading Family Day;Tiara Beach Resort