XPDC Ulu Bendul

Salam kepada semua peserta XPDC Ulu Bendul pada tarikkh 18 dan 19 Jun ini. Di Sini disertakan aktiviti sepanjang kita berada di sana beserta gambar-gambar yang diambil sekitar Ulu Bendul dan kawasan penginapan kita nanti. Kepada peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM25. Lihat dulu tentatif di bawah dan layan gambar-gambar. Nanti dah naik Gunung Angsi mudah-mudahan kita dapat ambil gambar yang lebih menyedarkan kita besarnya Allah S.W.T yang mencipta alam ini.

Tentatif

Sabtu 18 Jun 2011

8.30pg Berkumpul di ibupejabat LZS
9.00pg Bertolak ke Ulu Bendul, Negeri Sembilan (naik bas)
12.tgh Sampai/check in/makan tengahari/solat jamak zohor dan asar berjemaah
2.ptg Pembahagian kumpulan ‘game berkumpulan’
Mula game ‘sukaneka’ berkumpulan
5.ptg Bebas/persiapan BBQ
7.mlm Persiapan/Bebas/makan malam
7.3mlm Solat Jamak Magrib dan Isyak
Tazkirah “survival cara Islam”
9.30 mlm BBQ
11 mlm Rehat/tidur

Ahad 19 Jun

6.00pg Solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh
7.00pg Senaman Chi Qong/ Tai Chi
7.30pg Sarapan
8.00pg Mula mendaki
11pg Sampai puncak Gunung Angsi
12Tgh Turun/Mandi di Jeram Kak Lang/Makan (lunch disediakan)
3.30ptg Sampai bawah/Check out/Bebas
4.30ptg Solat Jamak Zuhur dan Asar/ bertolak pulang ke Shah Alam

Nota: Keperluan yang perlu di bawa

1. Pakaian – menutup aurat (track suit, kasut sukan, (digalakkan peserta membeli kasut noreh atau kasut bola lama (getah) jenama GoldCup),
2. Keperluan diri
3. Torch light (jika perlu)
4. Topi,cap dll
5. Beg Galas (wajib bawa)
-Tempat menginap ialah dorm (satu dorm ada 4 bilik)
-Pengangkutan ialah bas
-Yuran RM25


Pemandangan Gunung Angsi dari jauh.


Sejarah Ulu Bendul


Papan tanda Gunung Angsi sebelum track mendaki bermula


Taman Ular Sawa yang boleh dilawati


Kemudahan surau yang disediakan


Jeram yang mengalir. Boleh mandi-manda kat sini


Tempat menginap nanti. Alam Rimba namanya. Pandangan dari jalan masuk


Pandangan depan Alam Rimba


Tempat BBQ. Bawah tempat menginap.


Kawasan bergambar terbaik di Ulu Bendul

Moga dengan sedikit info ini akan dapat merangsangkan lagi semangat kita untuk menawan puncak Gunung Angsi nanti. Penyertaan dibuka lagi. Boleh maklumkan kepada staf sementara, praktikal dan staf-staf otai. Moga adanya aktiviti oleh pihak koperasi ini akan dapat kita merealisasikan impian melahirkan staf yang sihat fizikal dan mental. Jom sertai.

Published by zakuanhasan

Menjadi yang terbaik

6 thoughts on “XPDC Ulu Bendul

    1. best la. Kalau x best kami tak promote mcm ni…..insyallah akan jadi kenangan yang terbaik sepanjang berkhidmat di LZS. Doakan semua selamat nanti dan hari tu x hujan.

    2. oooo memang kena ayat dan bahasa baku ea kalau nak comment..kih3…sebenarnya saya sangatlah teruja untuk pergi mendaki gunung tersebut…encik zakuan dah berapa kali panjat gunung?macam expert jer…keh3

  1. selamat pergi dan balik…tak dapat nak sertai kerana banyak urusan yang belum selesai……..minta alk yang pergi boleh promo kolezas kepada peserta yang belum jadi ahli….untuk pengetahuan pihak kolezas bersetuju untuk menyumbang rm 1000.00 dalam aktiviti ini…..

  2. ingin bertanya: boleh bg taw x bgaimana nk menghubungi chalet2 di ulu bendul..yang berhampiran dgn hutan lipur ulu bendul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: