BOLASEPAK: Hebahan Keputusan Perlawanan Piala Berkat 2018

ALOR SETAR 7 OKTOBER 2018 – Pasukan bola sepak Zakat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan penuh sepanjang bertanding di kejohanan Piala Berkat 2018 dan mohon maaf kerana tidak berjaya membawa pulang piala kejohanan. Pasukan sudah cuba sehabis baik namun rezeki hanya di peringkat separuh akhir kejohanan. Semoga ada rezeki lebih baik di kejohanan akan datang InsyaAllah. Tahniah kepada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menjadi juara dan tahniah juga kepada 13 pasukan agensi mengurus zakat seluruh Malaysia kerana dapat berkumpul mengeratkan lagi ukhuwah bersama melalui sukan bola sepak. Terima kasih dan tahniah juga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul … Continue reading BOLASEPAK: Hebahan Keputusan Perlawanan Piala Berkat 2018

Kick Off Sukan LZS 2011

Assalamulaikum semua. Selamat Tahun Baru 2011. Selamat duduk di kerusi baru kat ALAMi. Selamat mengadap meja baru. Selamat menjalani tugasan baru. Selamat juga dengan azam baru. Dan banyak betul agenda baru yang bakal datang untuk tahun 2011 ini. Insyallah. Selaku penulis blog sembang santai LZS, objektifnya tahun ini tetap sama iaitu memberi dan membuka ruangan makluman dan informasi aktiviti riadah terutamanya berkaitan sukan di LZS. Kepada kakitangan lama mungkin sudah maklum dengan kewujudan blog ini yang mana segala komen, ulasan dan cadangan amat dialu-alukan di sini untuk satu tujuan iaitu mengerat hubungan sihat sesama kakitangan dan sama-sama keluarkan peluh untuk … Continue reading Kick Off Sukan LZS 2011

Terima Kasih

Assalamualaikum wr wbh semua warga kerja LZS yang dikasihi, Alhamdulillah.. kita telah selesai mengadakan program Hari Keluarga LZS 2010 pada 29-30/5/2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang berakhir semalam dalam suasana ceria bersama seisi keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Ucapan syabas dan terima kasih atas komitmen anda untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan. Diharap hari ini semua warga kerja LZS dapat bertugas dengan penuh semangat dan bermotivasi selepas menghadiri Hari Keluarga tersebut, harap-harap tak ada yang MC atau EL ekoran keletihan mandi kolam dan sebagainya. Ucapan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga … Continue reading Terima Kasih

Ucapan Syabas dan Tahniah Dari GM

Salam sahabat-sahabat yang menunggu-nunggu berita terkini dari blog riang-ria ini. Insyallah selepas ni lebih banyak entry dan gambar kejohanan akan menyusul. Kawan-kawan yang ingin berkongsi artikel juga boleh e-mailkan kepada saya zakuan@e-zakat.com.my dan faisal@e-zakat.com.my. Sedikit ucapan ringkas dari En Mat kami paparkan sekali lagi di blog ini untuk tatapan kita semua sebagai pembuka entry suka-duka sepanjang kejohanan futsal dan bola jaring 2010. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan semua staf yang terlibat di dalam Kejohanan Futsal dan Bola Jaring pada pagi semalam. Bagi pasukan yang menang, tahniah diucapkan dan bagi pasukan yang gagal, jangan berputus asa berusaha lagi pada … Continue reading Ucapan Syabas dan Tahniah Dari GM

Notis Mesyuarat KoLezas Bhd

Assalamulaikum kepada semua ahli Koperasi Kakitangan Lembaga Zakat Selangor Bhd atau KoLezas dan kepada sahabat-sahabat yang ingin menjadi ahli baru dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat PENTING seperti butiran berikut; Tarikh: 15 Mei 2010 Hari: Sabtu Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat: Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya Sarapan dan makan tengahari baikkk punya. Koperasi sediakan. “Saya harap semua dapat menghadirkan diri untuk kita menjayakan koperasi kita ini” Afif Yusof Pengerusi KoLezas Continue reading Notis Mesyuarat KoLezas Bhd

Takraw: Libas LEZAS

Salam, untuk makluman sahabat-sahabat LEZAS dan sahabat-sahabat di luar sana yang selalu blogging kat sini pihak admin mengalu-alukan sebarang gambar, berita dan lain-lain yang berkaitan sukan, rekreasi,riadah dan yang sewaktu dengannya untuk disumbangkan di laman sembang santai ini. Jika ada kawan-kawan yang mengadakan latihan bola, futsal, bola jaring, takraw, karom, batu seremban dan lain-lain lagi boleh lah emailkan gambar dan berita kepada zakuan@e-zakat.com.my atau faisal@e-zakat.com.my untuk dipaparkan di ruangan sembang-santai LEZAS ini. Okjektif utama blog ini selain memaparkan aktiviti outdoor kakitangan ia juga adalah untuk membuka ruang dakwah zakat melalui aktiviti sukan, riadah, rekreasi dan seumpamanya. Ini telah terbukti apabila … Continue reading Takraw: Libas LEZAS

Latihan terakhir sebelum bertempur esok!!

Assalamualaikum wbt. Kat sini aku sertakan beberapa keping gambar sesi latihan terakhir sebelum kitorang turun dalam tournament esok. Latihan bermula seawal 8 pagi dan berakhir 11 pagi. Terima kasih kepada wakil pengurusan LZS, En Zahar Kadiron yang sudi turun memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada kitorang semua. Pastu belanje kitorang lunch selepas tu, hehe. Kat bawah ada senarai player yang confirm akan main esok selepas beberapa pemain injured. Semua gambar ni adalah dari kamera D80+17-50 tamron. Gambar diambil oleh banyak tangan yang pegang kamera aku tu,hehe. Layan gambar dulu. Walaupun ada tanda amaran ni tapi semua tak reti baca, keke … Continue reading Latihan terakhir sebelum bertempur esok!!

Latihan Sempena Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MAIS

Salam kepada semua pemain yang telah tersenarai namanya untuk ke kejohanan bolasepak 9 sebelah pada Sabtu, 27 Mac ini. Nama2 dibawah diminta mohon hadirkan diri. Pengurus Pasukan : Abang Sabri TJ (ICT HQ) Penolong Pengurus : Imam Fikrie Al-Jawi (JDK HQ) Fazli Muji (klang) Azhan (Kajang) Firdaus Fuan (Kajang) Hj Razak (Sg Besar) Faisal Rahim (ICT HQ) Taufiq (JDK PDSB) Amir Afham (ICT HQ) Helmi Damanhuri (Hulu Selangor) Irwan (JPK) Anas (ICT HQ) Hafizul A.J (Hartanah) Ambo (Awe) Zaidi Lynan (Petaling) Aziz (PDSB) Tempat latihan ialah di padang B jalan belakang masjid Negeri Shah Alam atau jalan nak ke Muzium … Continue reading Latihan Sempena Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MAIS

Permulaan baru.

Assalamulaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata. Dengan ini aku merasmikan blog untuk team Riang Ria LZS. Kat sini aku akan update cerita2 tentang aktivi2 kitorang selaku kakitangan Lembaga Zakat Selangor dan aktiviti luar yang kitorang jalankan. Ini bukan cerita tentang futsal je sebab aku akan update cerita tentang aktiviti2 yang kitorang jalankan termasuklah bola sepak padang, sepak takraw mau pun aktiviti bersiar-siar kita semua. Blog ini BUKAN blog politik atau blog nak mengutuk mana2 pihak. Boleh pergi blog2 politik kalau rasa nak sembang pasal benda tu. Ini adalah untuk aktiviti riadah yang dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita dan bukan untuk mencari … Continue reading Permulaan baru.