Libas LEZAS kembali proaktif

Sedikit ulasan dari penggiat sukan Takraw LEZAS saudara Imam Fikrie: Layan gambar mereka melibas sekali.

Pasukan sepak takraw Libas LeZaS menimba pendedahan dan pengalaman bermakna daripada KELAB BENTARA BERSATU,KG.SIJANGKANG, BANTING pada perlawanan persahabatan, 23 Mei yang lalu.

Pasukan yang ‘dihidupkan kembali’ dalam tempoh dua bulan ini memberikan tentangan sengit dalam perlawanan di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam itu.

Perlawanan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan membentuk suasana semangat bekerjasama serta membina ke arah membantu perkembangan sukan sepak takraw selain mencungkil dan mengasah semula bakat bersukan kakitangan LZS.

Regu pertama dianggotai Khairul Azhan, Hatta Zainal Abidin dan Taufiq Mohamed Saaid dan regu kedua pula terdiri daripada Zahir Ahmad, Rizal Sapari dan Firdaus Manaf manakala regu ketiga pula ialah Kamarulzaman Che Husain, Khairul Anuar dan Fikrie al-Jawi.

Ahli skuad lain yang tidak dapat ikut serta dengan keuzuran ialah Afif Yusuf, Azrul Nizam, Aziz Kasim, Atiq, Affandi Jamal, Fariz Abdul Razak dan Johari Hamsan.

Diharapkan perlawanan persahabatan yang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini akan menjadi pemangkin ke arah pembentukan skuad yang lebih mantap dengan latihan penuh jitu bagi menghadapi perlawanan-perlawanan persahabatan yang lain yang akan diatur selepas ini antaranya ialah menentang PPZ (MAIWP).

Oleh itu, kelab LIBAS LeZaS masih lagi mencari pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi untuk join da’ club…just call Hatta atau Fikrie al-Jawi.




“Ukhuwwah Dierat, Menjulang Syariat”

Published by zakuanhasan

Menjadi yang terbaik

8 thoughts on “Libas LEZAS kembali proaktif

  1. aduhh..kita kena carik “killer” utama..(suruh pok tar skipping tiap2 pagi)…
    Aku pon tekong kena tajamkan lagi macam “Sharpener”.. (cam jenama TV jer)
    Kawan2 Libas LeZaS!! bila lagi nak main nih??
    kaki dah lama xkena bola….

  2. akak, sy blh lar ckit2 main takraw..
    xderlah hebat mana pon sampai blh wakil SUKMA..
    LEZAS pon blm tentu lagi..huhuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: