LIGA SELANGOR: Tewas di saat akhir

STADIUM MINI SHAH ALAM 11 FEB – TEWAS DI SAAT AKHIR… Skuad bola sepak Lezas FC hampir-hampir menyamakan kedudukan dengan pasukan pendahulu liga Armada Young namun tewas dengan keputusan 0-1. Gol diperolehi di masa kecederaan, minit-minit akhir perlawanan apabila bola dari sepakan sudut gagal dikeluarkan dengan kemas oleh penjaga gol Lezas captain Walid.

PERLAWANAN KEEMPAT LIGA SELANGOR DIVISYEN 1 MUSIM 2018
ARMADA YOUNG 1-0 LEZAS FC
5PM 11/02/2018
STADIUM MINI SHAH ALAM
kad kuning: ammar LEZAS FC, pemain no 8/captain armada young
MOTM: semua pemain LEZAS FC

IMG_5037.JPG

Selepas beberapa kali diuji akhirnya beliau tewas apabila lemas dengan bola hasil dari sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar dari kawasan bahaya. Bukan beliau sahaja, malah rakan pertahanan Fuad, Nafi, Ladun, Ammar juga turut sama lemas apabila beliau gagal menampan bola dari menuju ke gawang.

Bola menuju ke gawang ke tiang kanan dan ditanduk mudah oleh pemain Armada Young. Pengadil perlawanan meniup wisel panjang tanda tamat perlawanan selepas pihak lawan dapat jaringan di saat akhir.

IMG_5030.JPG

IMG_5026.JPG

IMG_5007.JPG

Abd Walid petugas kaunter PKNS bukanlah penjaga gol utama LEZAS FC tapi telah berjaya beberapa kali menafikan jaringan pihak lawan dibantu rakan di bahagian sepasukan Fuad, Ladun dan ramai lagi. Keberanian, kebolehan nya memang patut dipuji kerana tidak semua sanggup menjawat jawatan yang sungguh berat ini.

Perlawanan kali ini pasukan bola sepak LEZAS FC mengamalkan corak bertahan dalam misi mencari mata pertama dalam saingan Liga Selangor Musim 2018. Disiplin yang ditunjukkan semua pemain LEZAS FC sangat baik sehingga pasukan lawan tertekan mencari gol kemenangan.

Pasukan LEZAS FC tetap berjaya membuat cubaan ke arah gol daripada gandingan Farhan dan juga Shiro. Satu umpanan yang cantik daripada Nafi kepada Shiro adalah peluang yang terbaik pabila Shiro berjaya mengelecek melepasi pertahanan lawan namun sepakannya tersasar dari gawang gol.

IMG_5041.JPG

Semangat semua pemain LEZAS FC harus dipuji kerana hampir seri dengan pendahulu liga yang berjaya menjaringkan 11 gol ke atas Puchong Rovers tetapi dengan LEZAS FC mereka buntu mencari gol tetapi berjaya mendapat 1 gol di minit akhir perlawanan.

Sepintas lalu rekod perlawanan LEZAS FC dan juga ARMADA YOUNG.

LEZAS FC 0-2 PUCHONG ROVERS
ARMADA YOUNG 11-0 PUCHONG ROVERS

LEZAS FC 1-3 KC TIGERS
ARMADA YOUNG 2-0 KC TIGERS

IMG_5045.JPG

IMG_5043.JPG

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: