Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MAIS kembali!!

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak war-warkan satu Kejohanan Amal Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengerusi MAIS kali ke-2 yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 nanti. Kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Mini Shah Alam (Berhampiran Ekstreme Park).


Poster kejohanan yang dikeluarkan oleh MAIS


Untuk makluman semua, pada tahun lepas Lembaga Zakat Selangor iaitu team kitorang telah menghantar 2 team untuk menyetai kejohanan ini. Kitorang telah mendapat NAIB JOHAN dan kalah penalti dalam Final menentang PERKIM. Gila terer, hahaha. Pada tahun ni kitorang cuma menghantar satu penyertaan sahaja memandangkan komitmen kerja dari sahabat2 lain, ceewahh. Lagipun kitorang akan adakan Kejohanan Futsal Dalaman LZS tak lama selepas kejohanan tu.

Ok, pada undian kumpulan petang tadi (18 Mac 2010 – Khamis) LZS telah menghantar Saudara Zakuan untuk mencabut undi bagi LZS. Berikut adalah keputusan Undian tersebut:

Kumpulan A = JAIS FC, MAIS Corporation FC, PERKASA DUBOH (SARAWAK), PITAS (B) – tahfiz, BPM UNITED (B)

Kumpulan B = MAIS B, PAID Hulu Langat, PERKASA, Sahabat HTAR, PITAS A

Kumpulan C = PAID Sepang, BPM UNITED A, PPIM, JAMIAH FC A, PAID Gombak FC

Kumpulan D = MAIS A, PAID Hulu Selangor, JAmiah B, LEZAS FC, PAID Petaling Jaya

Ok, ni aku taruk sekitar gambar kojohanan pada tahun lepas yang dalam simpanan aku. LZS mendapat tempat ke-2 dan bermain dalam lumpur sebab hujan lebat pada pagi tersebut, hehe. Tahun ni kalau hujan gak tak taulah camne,hehe.

Itulah pentingnya photographer dalam pertandingan2 camni. Boleh abadikan kenangan dan kalau tengok gambar boleh teringat hari kejadian berbanding hanya ingat dalam kepala otak je..:P Kalau ada gambar lagi nanti aku masukkan.


Gambar team yang masuk final aritu. Ada lagi team lagi satu tak sempat amik gambar


Gambar bersalaman. Tengoklah betapa teruknya padang ketika itu


Striker kitorang yang kejang ketika game. Ujang dah jadi cikgu sekarang šŸ™‚


Abang Li player zakat yang paling veteren. dah lebih 40 tahun tapi masih hebat!!


Aku yang masih kurus tahun lepas, tahun ni dah bertambah 10 kg lagi, hahaha



Memandangkan kita takde medium lain nak borak pasal kejohanan ni, mari kita borak2 kat sini,hehe. Semoga team kita dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan kali ni. Menang kalah tu perkara kedua yang penting kita main bersungguh-sungguh dan bersama eratkan ukhuwah sesama kita. Chaiyok2!!

UPDATE 6 petang!!
Berikut adalah nama2 player kita yang dicadangkan oleh Abang Sabri dan Awe.
1. Fadzli
2. Haji Razak
3. Firdaus Fuan
4. Azhan Kokong
5. Faisal Rahim
6. Taufik
7. Zakuan Hassan
8. Hafizul
9. Amer
10. Irwan
11. Anas
12. Helmi Damanhuri

Sekian.

Wassalam.

Published by Acaii Jawe

http://www.faisalrahim.com/blog/

17 thoughts on “Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MAIS kembali!!

  1. Haaaa!!! helmi suruh frenly dgn PAID Hulu Selangor, nah..satu group lg tuh..Tapi mmg aku xleh lupa thn lepas, menang dgn lambungan syiling!! sungguh tererr LZS!!
    Aku harap kejohanan kali nih, cuaca dlm keadaan baik dan nyaman!
    Klu hujan ok gak,blh g Final lg..huhuhuh!!

  2. hahahaha, itulah pasal..ada gak yang menang ngan lambungan duit syiling..tapi masa tu time kita lawan Hulu Langat lah..tahun ni PAID Kajang tu dah berpecah ngan Sepang..

    Syarat tahun ni – KENA ADA SLIP GAJI!! barulah diaorang tak import orang bukan2,hehe

  3. Salam..kengkawan, masa mengundi tadi semua pakat provok team kita…sebab johan tahun lepas tak join kali ni sebab nak mempertahankan gelaran ..hee..hee. Naik segan aku sebab orang luar dah pandang tinggi kat team kita sekarang. Moga rasa debar mereka akan meningkatkan lagi ‘motivasi’ kita tahun ni.

    Insyallah aku ngan Abg Sabri akan arrangekan satu latihan intenssif pada selasa dan rabu depan. 12 player telah kita pilih….kawan2 yang tak terpilih jgn pulak tak turun sokong.

    Hajat hati memang nak menang….semua pasukan pun mcm kita gak nak menang tapi kita niat kita main ni nak rapatkan ukhuwwah….dan menyihatkan badan terutama Acaii yang berniat nak kuruskan perut…

  4. hahahahha, siot betul awe..aku jugak yang kena!!! Abg Sab ngan Awe ngah mintak kat pengurusan nak mintak sapa2 yang main sok kita dapat pelepasan training..

    Papehal aku akan inform kat sini hari pe dan pukul berapa..mybe pagi..jadi yang kat daerah tu kalau dapat bagi kerjasama memang sangat dihargai..

  5. pastikan helmi damanhuri kita dah ikat…kokong pun sama gak…kang xpasal2, sorang main PAID Hulu Selangor,sorang main PAID Hulu Langat…

    kawe tahun ni sama gak lah peranan, water n rice boy je,hehe…

    kasi mantop punye…buktikan 100% staff zakat tahun ni mampu merangkul gelaran…amik zauq Inter Milan yg kalahkan Chelsea baru-baru ni*sori cai,haha!

  6. salam buat semua…..setelah berbincang dengan awe, saya selaku pengurus pasukan telah memilih 12 senarai nama yang akan mewakili Lezas FC dalam kejohanan ini nanti.Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan kekawan boleh melihat ada beberapa muka baru yang kita bawa masuk dalam pasukan untuk memberi pendedahan dan nafas baru dalam pasukan.Saya akan umumkan tarikh latihan kita untuk berlatih terutama dari fitness dan juga persefahaman sepasukan.Tarikh yang dicadangkan adalah hari Selasa dan Rabu pagi di padang sebelah masjid negeri.Kalau tak dapat [agi kita main belah petang…harap pihak pengurusan dapat memberi pelepasan kepada semua pemain untuk menjalani latihan.sekian.

    1. Molek juga rasenye kita training bagi memantapkan tubuh badan kita yg sememangnya “terlebih sudah”.. kenapa bah??.. cadangan mgkn blh wat selasa petang n rabu pagi..senang mmbr2 yang jauh dtg utk join latihan.
      mlm blh discuss strategi bermain 9 org. Esok pg blh refresh blk..pastuh nak g kolam renang nak bersantai, bercanda di tepi kolam..pehh,terasa nikmatnya!!.. ( nak ajak ust Farid ker..? )

  7. Main pagilah senang topek..sebab petang kat situ ramai gila orang..pas training pepagi kita boleh minum teh bunga gelas besar dan makan nasi ayam pak mal,hahahhaa…

  8. jgn lupa masukkan nama saya sekali abg sab untuk pelepasan.nak ikut training skali,mane tau leh turun 10 kg dlm masa 2 hari,hehe…

  9. makulamat terbaru tarikh latihan telah bertukar disebbkan ramai yg x dapat hadir kerana ada program bantuan baju sekolah,….kita akan berlatih pada pagi khamis dan jumaat…..harap semua dapat menghadirkan diri….

  10. Jadual latihan adalah seperti berikut setelah dipersetujui oleh pihak HR.

    Hari Khamis 25 Mac 2010 mula jam 8.00 pagi hingga 10 pagi.

    Hari Jumaat 26 Mac 2010 mula jam 8.00 pagi hingga 10 pagi.

    Mohon kawan2 datang awal dan besiap awal.

  11. pengurus pasukan dan awe, kalau ari isnin sampai rabu tu sapa yang free kita turun petang2 jogging amik angin dulu tak boleh ke? kita just jogging tak payah sentuh bolalah..sapa yang free bolehlah ikut..kat tasik shah alam ke or mana2lah..apa kata survey? kul 5-6:30 petang jadilah

  12. ah chai…akan ku sahut cabaran enta tu…jogging jom!ajak geng2 lain pun ok…zaidi laynan musti layann punyeee…

  13. bagus gak tu..kena joging bagi pecai kurus skit asyik makan n mainnnnnn…..bola..jgn sangka yg tk elok mcm aku ni dah tk larat bg la yang muda2 main..lepas ni leh buat main takraw lak

  14. Seronok tengok kawan2 makin sihat bila bersukan,senang nak beribadah malam.Maka saya pun dengan redhanya telah menyertai pelajar2 sekolah rendah untuk berlatih bola sepak dan hukum hakam permainan yang telah dilupakan semenjak tingkatan 5.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: